Keindahan

image

Bersabar dan Bersyukur

As Salam Malaysia. Selamat pagi.

Banyak telah tertulis. Sejauh mana benar dan betulnya Wallahua’lam. Saya berharap saya salah untuk mana-mana tulisan saya yang agak emosional. Ambil yang baik. Doakan yang baik. Yang buruk doakan agar tidaklah sebegitu hendaknya.

Ampun dan maafkan saya jika ada tulisan saya yang menyinggung atau menyakitkan hati.

Saya Kawan bukan Warden.

Posted from WordPress for Android

Ad-Dhaar An-Naafi’u

As Salam. Ad-Dhaar An-Naafi’

Ad-Dhar bermaksud, Yang dapat mendatangkan bahaya dan memberi kemelaratan.

An-Naafi’ bermaksud Yang dapat memberi manfaat.

Dua nama ini merupakan isyarat kepada Tauhid, bermaksud tiadalah seorang hamba ditimpa mudarat atau manfaat, kejahatan atau kebaikan, melainkan dengan kehendak dan iradat, diiringi dengan qada (ketentuan) dan kudrat-Nya. Sesiapa yang telah berserah diri kepada hukum-Nya, nescaya akan hidup dalam ketenangan dan mereka yang enggan akan terjerumus ke dalam kebinasaan dan kehancuran.

Perlu diketahui bahawa ayat yang pertama kali ditulis oleh Allah SWT di-Lauhul Mahfudz ialah,

Akulah Allah, tiada tuhan selain-Ku, sesiapa yang tidak menyerah dirinya kepada ketentuan-Ku, dan tidak bersabar atas ujian-Ku dan tidak bersyukur atas segala nikmat-Ku, maka hendaklah mencari tuhan selain-Ku. Orang yang tidak rela dengan ketentuan Allah, maka tiada ubat bagi kebodohannya.

Tafsir Sufi Asma’ Ul-Husna Mukasurat 185-186

Kemiskinan Membawa Kepada Kekufuran

Bukannya jadi Kaya itu untuk berbuat sesuka hati. Bukan semua orang boleh atau patut jadi Kaya. Insan Terpilih sahaja. Banyak Dugaannya banyak Cabaran. Besar Tanggungjawabnya.

PEMBELA Ummah.

Kita akan di-URUS-kan jika bukan Kita Yang Menguruskan!

Mahu kirja ka tak mao?! Lu bikin ini! Tak suka boleh berhinti!!! Boleh pigi sumatra!

Jadilah Wakil Allah. Jangan jadi Sekutu Allah.

Percaya Kepada Allah

Aku Akan Buktikan!!

Allah Yang Menguji. Allah Yang Menghakimi.

Allah Yang Menguji. Allah Yang Menghakimi.

As Salam

Sedari kecil lagi. Saya memang Degil. Degil dalam ertikata, saya akan buat juga. Lagi dikatakan Jangan lagi bertambah Degil saya nak buat. Kenapa? I just didn’t take anyone’s word for anything. Mesti nak tengok sendiri! Why? Baik atau buruk. Dosa atau Pahala. Saya tanggung sendiri.

Degil dan Berpendirian sebenarnya tidak banyak bezanya semasa disebut.

Jika Degil kita tunjukkan dengan Berkeras. Kadangkala berlaku Biadap dan Kasar. Asalnya hanya degil dengan pendapat akhirnya menonong untuk buktikan orang lain itu salah. Memang akan terkena. ” Aku dah cakap! Kau degil juga! Rasakan!”

Berpendirian pula seiring Keyakinan kadangkala dengan Ketegasan. Orang akan kata degil juga. Kita akan kata “Suka hati kau” Dilafazkan atau sekadar memandang.

Orang lain itu pula akan berusaha membuktikan kita salah. Memang akan terkena orang itu.

Yang Berpendirian itu tidak akan berkata apa-apa yang menyakitkan. Terus juga berkawan macam biasa. Yang Mengata itu akan malu sendiri.

Don’t rub it in! Tak baik buat begitu. TST sudah.

Boleh jadi saya Berdegil. Boleh jadi saya Berpendirian. Marked the difference. I’m Only Human.

Kita Kawan.

Beri Peringatan. Nasihat.

Beri Peringatan. Nasihat.

Keredhaan Allah Yang Dicari….

You’re Not My Everything

Segalanya aku. Semuanya aku. Milk Mutlak-Mu

Segalanya aku. Semuanya aku. Milk Mutlak-Mu

Sorry. I shouldn’t be your everything too. There are things way bigger than you or me or us.

Things far more important. Things that makes us worthy. Things that we need to do everything that we can to protect and preserved. Even if we need to sacrifice everything we possessed. So be it!

With our mind and heart, body and soul. Our very existence demands it!

Our Iman. Our Ummah!

Tiada Tuhan selain Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah.

Let’s do it together. The Two Families Too. The more the merrier! Ya Allah Ya Wadud

As Salam

Semasa asyik masyuk bercinta berbagai janji dilafazkan. Lidah tidak bertulang. Banyak janji yang dibuat kebanyakannya, Tidak Bertanggungjawab.

Perkahwinan sepatutnya boleh menyatukan dua keluarga. Menguatkan Ummah! Bila dikatakan, You’re my everything, Ibu Ayah, adik beradik, saudara mara, mahu di-campak begitu saja?!

Saya cakap je….OK.

Sorry. I shouldn’t be your everything. You shouldn’t be my everything too.

Err…Mahu saya berjanji apa?

Bercinta sampai tunggang terbalik!

Bercinta sampai tunggang terbalik!

Bhai Roti Datang.

Anak merengek minta duit, minta izin nak beli babu. “Beli babu? Tak! nak beli roti…” Hehehe..

Teringat pula kisah Bhai Roti, setiap kali berada dirumah Nenek dulu. Di Kampung Klang Gate. Rumah Nenek paling hujung. Didepan rumah seberang jalan,estate getah (Wangsa Melawati Sekarang Ini) dibelakang rumah juga estate getah ( Pusat Bandar Taman Melawati Sekarang ini) Memang sunyi. Sekali sekala terdengar kenderaan lalu.

Kedatangannya ditunggu-tunggu. Memang, Bhai roti akan dikerumuni. Saya paling suka beli roti bun yang disapu dengan sekaya. Tak sabar rasanya, berebut-rebut nak dapat dahulu. Melompat-lompat. Bhai Roti dengan tenang memotong roti dengan pisau panjang. Sekaya pula disapunya tebal-tebal. Fuh!!! Sekaya waktu itu dalam tin susu yang diguna semula. Sedap sangat! Terasa sedap sangat yang dulu itu setiap kali saya makan sekaya zaman ini. Barangkali lidah saya.

Bhai Roti akan sampai ke rumah lebih kurang selepas Maghrib. Selepas rumah nenek dia akan bergerak ke Ulu Kelang. Jarak antara rumah Nenek ke Ulu Kelang barangkali 1 batu. Pokok Getah dikiri kanan jalan bertemu daunnya ditengah-tengah jalan. Membentuk suasana seakan Gua. Bertambah gelap suasana. Memang menakutkan.

Kami  boleh mendengar Hon Motosikal yang dibunyikan sepanjang jalan! Pinnnnnnnnnnnnnnnn!!!Takut barangkali. 

 roti yogurt 2

Saya boleh habiskan 6 ketul. Sapu sekaya tebal-tebal….mmmm

Itu dulu…zaman berubah. Dimana kita sekarang? Semakin baik? Semoga bertambah baik…

Bercita Ke Neraka

Saya pernah mengikut seseorang. Abang kepada rakan sekolah saya. Hampir semua adik-beradik dia pernah menggunakan saya.

Dia guna nama saya buka perniagaan. Buka akaun semasa. Perniagaannya tidak jelas kepada saya. Saya ikut saja. Tak berfikir apa pun. Kehulu ke hilir saya ikut dia. Berjumpa entah siapa-siapa. Saya sudah tidak ingat lagi.

Hanya pengalaman yang ini masih jelas pada saya. Kami pergi sebuah kedai runcit. Besar juga kedai itu. Lebih mendekati Supermarket. Kepunyaan orang kita juga. Dia membeli banyak barang. Kononnya untuk berniaga  semasa bulan Ramadan yang bakal menjelang itu.

Lori yang digunakan dipinjam dari salah seorang adik-beradiknya juga. Konon untuk pindah. Saya yang memandunya. Sarat lori kecil tu. Terlebih muatan sebenarnya. Kami tak pergi jauh. Barang-barang itu dihantar ke sebuah kedai runcit Cina. Rupanya semua barang-barang yang dibeli pada harga runcit ( Bayar Guna Cek  yang Saya Tandatangan) dia jual pada harga borong! Dapat CASH!

Jahat kan?!

Ianya berlaku lama dahulu. Saya masih sangat muda.  Lepasan SPM (Yang saya tak lulus itu) Pengalaman itu Allah Kekalkan Dalam Ingatan Saya. Jadi Panduan. Perkara-perkara lain yang berlaku. Saya tidak ingat lagi. Barangkali kerana DOSA-dosa itu terbeban dibahu dia bukan dibahu saya.

In shaa Allah saya boleh kenal Keldai apabila saya melihatnya. Saya boleh kenal Orang Yang Meng-keldai-kan bila saya berdepan dengannya. In shaa Allah. Semoga Allah Melindungi saya.

Saya akhirnya keluar dari perniagaan itu. Dia ada rakan kongsi baru. Rakan baru itu tidak mahu saya ada. Mereka siap buka kedai di Selayang.

Selamat saya.

As Salam

Walaupun adik beradik, Perniagaan itu biar ada Hitam Putihnya. Mahu Berkongsi. Biar Jelas Hala Tujunya. ADA Surat Perjanjian. Mahu Berkongsi Biar Jelas Tanggungjawab masing-masing. Tetapkan Gaji.

Tidak akan ke mana, Jika kongsi berniaga seorang keluar Modal (Duit) seorang lagi keluar Tenaga. Takkan boleh adil. Duit ada resitnya. Tenaga bagaimana untuk mengiranya? Akan timbul Hujah, aku buat lagi banyak! Kau mana tahu apa yang aku tanggung dan terpaksa buat?!

Sama-sama keluar Modal. Sama-sama keluar Tenaga.  Tetapkan Jawatan dan Gaji masing-masing. Modal yang dilaburkan (Termasuk Gaji) HARUS mengambil kira Perbelanjaan untuk 2 Tahun.  Ditambah bila perlu.

Jika seorang dapat lebih nanti , itu kerana Jawatan yang disandangnya. Perbezaannya ternyata pada Gaji yang telah dipersetujui bersama. Seorang Managing Partner. Seorang lagi Operating Partner.

50:50 itu hanya Ternyata bila ada Keuntungan Terkumpul Untuk dibahagikan. 50:50 juga jika ada Hutang yang perlu dibayar. (Keluar duit sendiri lagi)

Duit yang masuk dan keluar biar jelas! Ada Akaunnya. Tidak boleh, aku pakai dulu nanti kita Kontra!!

Berhenti berkongsi jika sudah sampai ke tahap itu. Sebelum berkelahi adik-beradik!

Dosa sama adik-beradik, bila nak minta ampun, tahu dimana mahu dicari orangnya. Boleh lagi dicari dimana kuburnya. Boleh minta tolong Emak atau Ayah untuk Lembutkan hatinya.

Orang lain yang dikeldai-kan itu, dimana mahu dicari? Entahkan hidup entahkan sudah mati. Mahu minta ampun bagaimana? Diakhirat nanti?

Jika dia berada disyurga HARUS pengampunan akan didapati. JIKA dia dineraka bagaimana? TERPAKSA KE SANA JUMPA DIA! Selagi dia tidak mengampunkan, selagi itu tercegatlah kamu didepan dia yang sedang disiksa itu. Walaupun kamu sebenarnya sudah layak masuk syurga!

Kamu ingat Neraka itu akan disejukkan untuk Kamu?

keldai

Doa Orang Yang Dizalimi itu,diMakbulkan Allah! Walaupun mulut dia busuk…

JANGAN MENG-KELDAI-KAN ADIK BERADIK atau SESIAPA PUN

Aku Penunggu

Ini cerita tentang Emak dan Ayah saya.

Bulan puasa, menjelang raya. Jalan TAR memang sejak dulu lagi jadi tumpuan. Tarikan waktu itu, Batu Road Supermarket dihujung sini dan Globe Silk Store dihujung sana. Sekarang ini banyak yang sudah tiada lagi. Kali terakhir saya ke dunia sebelah situ, SOGO paling jadi tumpuan setiap kali mereka buat Sale.

Sekarang ni, pergi yang berdekatan rumah saja. KL sudah semakin asing bagi saya.

Berbalik kepada cerita Emak. Setelah mengetahui dimana kereta berada, maka Emak pun pergilah ke tempat berkenaan. Ayah biasanya akan menunggu dikereta. Menunggu dan menunggu dan menunggu.

Ayah akan pergi ke warung berdekatan. Mengeteh, mengeteh, mengopi dan mengeteh lagi. Kalau nasib baik jumpa kawan yang senasib. Takdalah bosan sangat.

Akhirnya Ayah akan masuk ke kereta, rebahkan tempat duduk, suratkhabar tutup muka. Saya tukang hantar barang, jadi saya tahulah cerita ini.

Boleh saya teruskan cerita? Tak payahlah ya? Nanti kecil hati pula..

Teruk sangat ke nak memilih?

Teruk sangat ke nak memilih?

Jadi bayangkan ini!

Seorang Wanita Solehah. Diberi masuk Syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Problem ni!! Mula-mula kena survey dulu. Pintu pun dah cantik gila! Harap-harap Allah sediakan signboard atau kaunter penerangan ke apa ke? Ada apa disebalik setiap pintu? Senang sikit nak buat keputusan nak masuk ikut pintu yang mana?

Survey pintu entah berapa lama agaknya? Besar matanya! Banyak hatinya! Bukan mudah untuk buat keputusan. Kan?

Suami pula menunggu dan menunggu dan menungu dan menunggu. Mana Isteri aku ni? Rasanya dah lepas ke sebelah sini?

Nah! Bidadari untukmu sementara menunggu Isterimu itu. Dia masih tak tahu pintu yang mana mahu dipilihnya!

Lagi nak tanya kenapa Wanita tidak dapat bidadari! Kenapa Lelaki saja yang dapat?

Agaknya begitulah!

The Truth is , that’s just the way you are. I’m not out to change that. Just be On My Side, by My Side.

Kita Kawan. Kita Cari Redha Allah. Kita Buat Kerja Kita.

syurga beli belah

Syurga Beli Belah

It’s Not Your Words Against Mine

syahadah

There’s no God other than God. Muhammad is the Messenger of God

Whether it’s John’s or Matthew’s or any other, compare it to Bukhari’s and Muslim’s. Should you find any doubts in theirs, do refer the Quran.

Inilah dua golongan (golongan Mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka bagi orang kafir akan dibuatkan pakaian-pakaian dari api (neraka) untuk mereka. Ke atas kepala mereka akan disiramkan air yang mendidih [22:19]

(Dia-lah) Tuhan (yang Menguasai) langit dan bumi dan segala yang ada diantara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadah kepada-Nya. Apakah engkau mengetahui ada sesuatu yang sama dengan-Nya? [19:65]

Ya Allah Ya Alim

Rezeki Secupak Rezeki Segantang

Jika mahu rezeki lebih dari yang diperolehi sekarang, bertukarlah kepada usaha lain. Jika nak kaya, berniagalah. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. In shaa Allah. Tertakluk kepada ketentuan Allah.

Kepada anda yang berkebolehan, berniagalah dengan Niat Lillahitaala untuk Menyediakan Pekerjaan untuk Ummah. Menyediakan Bekalan untuk Ummah. Benar! Besar periuk besarlah keraknya. Baguslah begitu. Kita tidak kaya sendiri-sendiri. Usaha kita menjadikan Saudara kita tidak lagi Miskin sendiri-sendiri. Kita Pembelanya. Bukan Orang Lain yang belum tentu Keikhlasannya!

Secupak untuk diri sendiri. Segantang untuk Ummah! Allah Ya Syakur pasti Menghargaimu!

selawat-tifrijiyah-1

In shaa Allah