As Salam

Ku Cari Damai Abadi

Saya bukan ahli politik. Namun suka tak suka saya akan terpaksa mendengar juga cakap-cakap politik. Di sekeliling saya ramai orang yang banyak cerita politiknya. Tentang orang itu dan orang ini. Keburukan orang itu dan orang ini.

Tiada manusia yang tidak membuat kesilapan. Nabi SAW pun melakukan kesilapan cuma lagi Nabi SAW itu maksum, diampunkan dosa yang terdahulu dan terkemudian.

Apa untungnya kita melihat kepada begitu banyak kesilapan yang berlaku? Perbetulkanlah kalau anda lebih bijak. Untuk apa disesakkan fikiran dengan apa yang telah berlaku? Perbetulkanlah kalau anda lebih tahu. Cakap sahaja tak menyelesaikan masalah.

Pandai bercakap dan menang berdebat tak menjanjikan apa-apa. Setakat rasa gah anda hebat. Hiduplah anda terawang-awang kononnya anda hebat namun masalah tetap masalah.

Saya tidak mahu menilai orang berdasarkan cerita ceriti yang belum tentu hujung pangkalnya.

Kalau benar orang itu bersalah, tegurlah, doakanlah semoga dirinya dapat berubah. Bagi yang suka mencemuh, percayalah..anda juga akhirnya akan berbuat perkara-perkara yang anda cemuh itu.

Apa yang penting bagi saya adalah melihat kepada kebaikan yang telah berlaku di sekeliling saya.

Apapun niat orang berbuat baik, itukan antara dia dengan Allah. Yang penting kebaikan itu telah berlaku dan kita dapat juga merasa nikmatnya.

Jika anda rasa dia harapkan balasan, balaslah setakat yang wajar dan manasabah. Takkan pula anda sanggup berbuat dosa sebagai balasannya?

Apapun, jika orang berniat jahat dengan perbuatan baik itu, dia yang akan kerugian. Allah Maha Mengetahui.
Mohonlah lindungan Allah dari segala kejahatan orang yang begini.

Kebaikan tetap satu kebaikan dan kita telah mendapat manfaat darinya walaupun disampaikan dengan niat jahat. Apapun syukurilah kebaikan itu kerana yang jahat adalah orang yang berniat jahat itu!

Setiap kita mengharapkan balasan untuk setiap kebaikan yang kita lakukan. Ada yang mahu balasan segera dari pertolongan yang telah di beri.

Ada yang berharap mendapat nama dari perbuatannya. Ada juga yang hanya mengharapkan pahala dari semua itu. Anda mengharapkan apa? Terpulang kepada anda.

Ada juga tidak mengharapkan apa-apa tetapi akhirnya mendapat kekayaan, kemasyuran dan juga pahala dari Allah.

Apapun jangan berputus asa berbuat kebaikan dan jangan terlalu prejudis menerima kebaikan. Jika 999 orang yang telah anda tolong itu tidak menilai kebaikan anda sebagai kebaikan, tak mengapa ada 999 orang lain yang belum menerima kebaikan anda itu!

Yang jahat terus juga dengan niat jahatnya tetapi apa akan jadi kepada kehidupan ini bilamana yang mampu berbuat kebaikan berputus asa berbuat kebaikan?

Rasanya masih ramai lagi manusia. Di dunia ini yang sememangnya mengharapkan pahala dari sisi Allah kerana kebaikan yang dilakukannya.

Begitu juga masih ramai lagi yang menerima kebaikan, mendoakan kebaikan pula untuk orang yang berbuat baik kepadanya.

Buatlah kebaikan sementara nyawa masih dikandung badan, jangan bila dah menghayun dagu nanti baru berniat nak buat baik.

Do the best you can while you can. Carilah bekal itu.

Terbitan asal di http://puteraklasik.wordpress.com/2011/09/07/ku-cari-damai-abadi/

Maafkan dan ampunkan saya jika ada terkasar bahasa. Tiada niat saya menghina sesiapa. Kita sama sahaja. Diuji oleh Allah.

Wahai Melayu!!!

Wahai Melayu!!!!

Wahai Melayu!!!!

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

As Salam Melayu!

Kita hidup dizaman segalanya terdedah. Kemajuan teknologi telah menjadikan apa yang digelar Dunia Tanpa Sempadan. Maklumat tersebar sekelip mata. Setiap kita juga mengambil kesempatan menyebarluaskan fahaman masing-masing tentang banyak perkara. Pasti akan ditanya didepan Allah nanti.

HAK ASASI MANUSIA

Perjuangan global ini mengundang gejala sosial. Banyak perkara mungkar ditakrif sebagai normal kerana ramai yang bersetuju dengannya. Mengatakan itu Haknya.

Bagaimana untuk melindungi Umat Islam dari kerosakan yang dibawa oleh Teknologi Tanpa Sempadan ini? Begitu juga kerosakan yang dibawa oleh Filem dan Muzik?

Bagaimana mahu kita menanganinya? Adakah dengan kafir mengkafir jawapan kepada persoalan ini?

Wahai yang mengaku lebih Islam, adakah dengan mengurung dan mengasingkan diri boleh selesaikan masalah bersama ini? Adakah dengan mengurung dan mengasingkan diri boleh mengembangkan dan mensyiarkan Islam dibumi Allah ini?

Bangsa Melayu jika mengurung dirinya, haknya nanti akan diramas dan tanahnya dirampas. Cucu cicitnya akan diperhambakan nanti.

WAWASAN 2020

Pilihan kita hanyalah dengan menaikkan Martabat Bangsa Melayu sehingga buah fikirannya didengar, dipertimbangkan dan digunapakai oleh Dunia.

Berkawan dengannya suatu kebanggaan. Kehadirannya dituntut. Ketiadaannya mengundang kerinduan.

Sopan santunnya dikagumi. Kepantangannya amat dihormati dan akhirnya dituruti!

Islamnya dihayati, dipeluk dan dianuti! Ya Allah Mu’iz Ya Mudzil

IMPIAN KITA – NUSANTARA 2057

Adalah mustahil untuk kita menghalang sesiapa dari datang. Alam Melayu tempat pertemuan timur dan barat sejak zaman berzaman. Kehendak Allah begitu

Memandangkan tiada cara untuk menghalang apa-apa, pendekatan paling baik adalah dengan mengenakan acuan kita untuk segala sesuatu itu. Acuan kita yang dimasukkan nasihat dan pesan.

Just Business!

Semua yang menerjah dunia kita, setiap satunya ada nilai dagangan justeru pertimbangan kewangannya. Disitu ada ruang untuk tawar menawar dan untuk mewujudkan kekangan yang perlu.

It’s money they want. We shall give it to them on our terms and conditions.

Hasilan tempatan boleh dikenakan peraturan tertentu. Taklukan undang-undang boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa. Mudah-mudahan mudarat dapat dikurangkan dan ditangani. Ya Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u

DEMI MASA…!

Anak Bangsa yang terdorong, dikebahkan demamnya. Kita jerlun sendinya dengan tinta airmata dan doa penuh kasih. Jangan dihangatkan lagi dengan Amarah tak menentu arah. Hanya mengundang padah lebih parah! Ya Allah Ya Rashid Ya Sobur

Dakwah mesti berterusan. Sopan santun budi bahasa teras penting penyampaian nasihat dan ilmu. Bagi menerbitkan suka orang mendengarnya hingga menusuk ke kalbunya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

KITA BUKAN PENGGANAS

Islam melunakkan hati kita ke arah berkasih sayang, bukan berperang. Perang kita  adalah dengan Hawa Nafsu sendiri. Ya Allah Ya Halim

Peranan Pendakwah adalah bagi mendorong rasa takut kepada Allah dan Kasih kepada Rasulullah saw, bukan kepada dirinya (Pendakwah). Mengaku diri Pewaris Nabi namun tidak terperi girangnya ketika orang rukuk kepadanya!

Pendakwah tugasnya mendorong Umat meletakkan pergantungan hanya kepada Allah. Berharap hanya kepada Allah. Buka bergantung atau berharap kepada dirinya (Pendakwah). Pendakwah bukan sekutu Allah! Ya Allah Ya Qobidh Ya Basith

Paling penting, terus berdoa agar yang lemah ditambah oleh Allah keimanan mereka. Yang berdosa itu didoakan agar mendapat hidayah dan bantuan dari Allah untuk bertaubat. Ya Allah Ya Hadi.

Doakan juga musuh kita. Kalaupun tidak hilang, pinta agar berkurang rasa permusuhan itu. Agar gagal segala rancangan mereka. YA Allah Ya Qahhar Ya Muntakim

SEGALA SESUATU ADA TEMPATNYA

Lillahitaala! Setiap kita ada peranannya. Jaga bahagian masing-masing. Buat kerja masing-masing. Tetaplah ditempat masing-masing. Kenapa mahu bertanding? Kenapa mahu membanding? Ganjaranmu, harapkan Allah untuk menentukan! Ya Allah Ya Syakur

Kehidupan dunia hari ini, dalam dosa ada pahala.  Dalam pahala ada dosanya. Ya Allah Ya Afw’u Ya Raof

JANGAN JADI SEKUTU ALLAH!

Matahari masih terbitnya dari Timur! Simpan pedang dan parang itu.Perangi hawa nafsu sendiri dulu! Mantapkan zikirullahmu. Pasti gentar nanti musuh-musuhmu.

Wahai Melayu!!..Boleh?

ingat.gif

https://puterawaktu.wordpress.com/2013/02/18/malay-town/

I Was An Employee Once

I finished school in 1981. Completed my form 5 at SM Tinggi Kuala Lumpur. Sad to say that I didn’t get good results for SPM. I merely managed to get a certificate called SAP 2.

I did sat for the SPM again in 1982, but I failed even worse than before. My focus wasn’t into lessons at all at that time. The family was in a bit of a turmoil then. Well that’s another story.

I became a soldier of fortune during my youth. Looking for god knows what? I had no directions at all.

I’ve tried various work. Nothing managed to last long because I was not happy at all with what I was doing. Everthing was on a trial basis.

I managed to get a job as a despatch rider in 1990. I did well I think with that company. I was a customer service executive in early 1995. The boss put me up to that so called post because I managed to handled a very, very angry customer once.

She (the customer) was so angry and was cursing and swearing to all the staff that the company assigned to confront her.

Everyone gave up and decided that the boss should handled it himself. The boss passed the phone to me instead and asked me to talk to her.(I was doing data entry at that time in his office)

Somehow I managed to talk to her. Cooled her down and get down to trace the problems. The problems was solved in 2 hours.

The boss was grinning ear to ear with the outcome. Apparently the whole admin staff were all ears by the door during that event! Everyone cheered!

I became close with the admin people after that experience. I was no longer just another despatch boy. I became one of them after that day. They discussed things with me, I was wanted at every meeting.

I became the company superman since then. Too much was shoved on my lap though.

The boss couldn’t fulfilled so many promises to the employees that I’ve made on behalf of the company. The boss agreed with the employees requests and demands, which I then conveyed to them. Everyone was happy. I was a hero for a while. That is, before the boss changed his mind!

The disgusted employees blamed me for so many things afterwards. I resigned end of 1995.

Next: I was jobless and I got married in 1996.

Musafir Lalu

Aku hanya musafir menumpang lalu dalam hidupmu. Maafkan apa yang terkurang. Ampunkan apa yang terlebih.

Terima kasih kepada yang terdorong mengasihiku. Terima kasih seteguk dua doa kasihmu, menggagahkan ku dikala hampir rebah. Maaf, aku tak mampu membalasnya.

Tumpahkah cinta kasihmu pada Allah, Dia pasti membalasnya. Dia Ya Rahman Dia Ya Rahim.

Aku hanya musafir lalu, masih mencari perhentian terakhirku. Hanya membawa diri sendiri yang ku mampu.

Sampai masanya aku pasti pergi

Ya Allah Ya Qadir Ya Muqtadir

Aku mengharapkan,aku ingin meyakini segala yang diperlihatkan kepadaku adalah dari-Mu.

Lain hajatku Ya Allah yang ku pohon dari-Mu dulu. Lain yang aku jalani kini. Ke mana sudahnya? Apa natijahnya? Tidak nampak aku semua ini membawa kepada apa yang aku hajati dulu.

Ya Allah Ya Qadir Ya Muqtadir

Apa yang tertempah untukku? Insan yang ku kasihi yang mengasihiku semakin jauh aku dari mereka.

Ya Allah Ya Raqib

Aku tidak pernah bertanya relakah berkorban. Terasa mereka diri terkorban. Tidak pernah ku pohon izin dari mereka.

Tidak menyokong aku, dia yang ku kasihi. Tidak memahami aku, dia yang ku harapkan membaja semangat ini. Untuk apa semua itu, semua ini? Ke mana halanya segala yang aku jalani kini? Terasa benar dia aku kian jauh dari sisi.

Wahai yang mengasihiku, kasihku tak berkurang sedikitpun untukmu. Hanya jasadku yang menjauh.

Untuk apa wahai Allah, semua ini? Ampunkan aku Ya Allah, masih mengharap yang ku pinta dulu, bukan semua yang tertempah kini.

Ya Allah Ya Syakur Ya Sobur

Aku Milik Mutlak Allah

Aku Milik Mutlak Allah

Keindahan

image

Bersabar dan Bersyukur

As Salam Malaysia. Selamat pagi.

Banyak telah tertulis. Sejauh mana benar dan betulnya Wallahua’lam. Saya berharap saya salah untuk mana-mana tulisan saya yang agak emosional. Ambil yang baik. Doakan yang baik. Yang buruk doakan agar tidaklah sebegitu hendaknya.

Ampun dan maafkan saya jika ada tulisan saya yang menyinggung atau menyakitkan hati.

Saya Kawan bukan Warden.

Posted from WordPress for Android

Ad-Dhaar An-Naafi’u

As Salam. Ad-Dhaar An-Naafi’

Ad-Dhar bermaksud, Yang dapat mendatangkan bahaya dan memberi kemelaratan.

An-Naafi’ bermaksud Yang dapat memberi manfaat.

Dua nama ini merupakan isyarat kepada Tauhid, bermaksud tiadalah seorang hamba ditimpa mudarat atau manfaat, kejahatan atau kebaikan, melainkan dengan kehendak dan iradat, diiringi dengan qada (ketentuan) dan kudrat-Nya. Sesiapa yang telah berserah diri kepada hukum-Nya, nescaya akan hidup dalam ketenangan dan mereka yang enggan akan terjerumus ke dalam kebinasaan dan kehancuran.

Perlu diketahui bahawa ayat yang pertama kali ditulis oleh Allah SWT di-Lauhul Mahfudz ialah,

Akulah Allah, tiada tuhan selain-Ku, sesiapa yang tidak menyerah dirinya kepada ketentuan-Ku, dan tidak bersabar atas ujian-Ku dan tidak bersyukur atas segala nikmat-Ku, maka hendaklah mencari tuhan selain-Ku. Orang yang tidak rela dengan ketentuan Allah, maka tiada ubat bagi kebodohannya.

Tafsir Sufi Asma’ Ul-Husna Mukasurat 185-186

Berperingkat.

As Salam.

Pernah suatu ketika. Terfikir pula. Bukankah lebih baik jika kereta yang dijual berada dalam keadaan yang paling asas. Terserah kepada Pembeli untuk menokok tambah kemudian. Sedikit demi sedikit.

Perbezaannya? Kereta yang sedia sempurna cantik dalam serba serbi itu, akan beransur-ansur berkurang cantiknya. Terlanggar bumper tercalar sedikit pun sudah cukup terkilan rasanya. Alahai..

Kereta yang paling asas pula. Daripada keadaan seadanya..makin lama makin cantik. Ditokok tambah berperingkat. Sedikit demi sedikit.. Waah…! Makin cantik!

Lain kan?

Ya Allah Sudahi aku dengan sebaik-baik kesudahan…(Perfect! Pada sisi-Mu)

Untuk Apa?

As Salam

Pernah terbaca.

“Kamu takkan boleh setinggi gunung. Takkan boleh sedalam lautan. Boleh ke sana tapi kamu takkan dapat berlama-lama disitu.”

Ke bulan begitu juga.

Dunia ini tempat untuk diuji. Sampai masa akan berpisah. Samada kita meninggalkan Dunia atau Dunia meninggalkan kita.

Saya ingin meninggalkan sesuatu yang mendatangkan Manfaat kepada sekelian mereka yang mengasihi saya. Mudah2an diri saya akan didoakan selalu selepas saya mati.

Mencipta sesuatu yang Mendatangkan Pahala yang Berterusan bukan dosa tak berkesudahan kepada saya selepas saya mati.

Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u

Jika ada Perkenan Allah maka akan Terjadilah ia. Maka akan Berkekalan-lah ia. In shaa Allah

https://puterawaktu.wordpress.com/2013/12/14/pushing-it-too-hard/

Allah Ya Qaadir Ya Muqtadir.

Q33 Surah al-Ahzab

Manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kiamat. Katakanlah,” Ilmu tentang hari kiamat itu hanya disisi Allah. ” Dan tahukah engkau, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya (33:63)

Kemiskinan Membawa Kepada Kekufuran

Bukannya jadi Kaya itu untuk berbuat sesuka hati. Bukan semua orang boleh atau patut jadi Kaya. Insan Terpilih sahaja. Banyak Dugaannya banyak Cabaran. Besar Tanggungjawabnya.

PEMBELA Ummah.

Kita akan di-URUS-kan jika bukan Kita Yang Menguruskan!

Mahu kirja ka tak mao?! Lu bikin ini! Tak suka boleh berhinti!!! Boleh pigi sumatra!

Jadilah Wakil Allah. Jangan jadi Sekutu Allah.

http://alamputera.wordpress.com/2013/12/22/percaya-kepada-allah/

Aku Akan Buktikan!!

Allah Yang Menguji. Allah Yang Menghakimi.

Allah Yang Menguji. Allah Yang Menghakimi.

As Salam

Sedari kecil lagi. Saya memang Degil. Degil dalam ertikata, saya akan buat juga. Lagi dikatakan Jangan lagi bertambah Degil saya nak buat. Kenapa? I just didn’t take anyone’s word for anything. Mesti nak tengok sendiri! Why? Baik atau buruk. Dosa atau Pahala. Saya tanggung sendiri.

Degil dan Berpendirian sebenarnya tidak banyak bezanya semasa disebut.

Jika Degil kita tunjukkan dengan Berkeras. Kadangkala berlaku Biadap dan Kasar. Asalnya hanya degil dengan pendapat akhirnya menonong untuk buktikan orang lain itu salah. Memang akan terkena. ” Aku dah cakap! Kau degil juga! Rasakan!”

Berpendirian pula seiring Keyakinan kadangkala dengan Ketegasan. Orang akan kata degil juga. Kita akan kata “Suka hati kau” Dilafazkan atau sekadar memandang.

Orang lain itu pula akan berusaha membuktikan kita salah. Memang akan terkena orang itu.

Yang Berpendirian itu tidak akan berkata apa-apa yang menyakitkan. Terus juga berkawan macam biasa. Yang Mengata itu akan malu sendiri.

Don’t rub it in! Tak baik buat begitu. TST sudah.

Boleh jadi saya Berdegil. Boleh jadi saya Berpendirian. Marked the difference. I’m Only Human.

Kita Kawan.

Beri Peringatan. Nasihat.

Beri Peringatan. Nasihat.

Keredhaan Allah Yang Dicari….

You’re Not My Everything

Segalanya aku. Semuanya aku. Milk Mutlak-Mu

Segalanya aku. Semuanya aku. Milk Mutlak-Mu

Sorry. I shouldn’t be your everything too. There are things way bigger than you or me or us.

Things far more important. Things that makes us worthy. Things that we need to do everything that we can to protect and preserved. Even if we need to sacrifice everything we possessed. So be it!

With our mind and heart, body and soul. Our very existence demands it!

Our Iman. Our Ummah!

Tiada Tuhan selain Allah. Muhammad itu Pesuruh Allah.

Let’s do it together. The Two Families Too. The more the merrier! Ya Allah Ya Wadud

As Salam

Semasa asyik masyuk bercinta berbagai janji dilafazkan. Lidah tidak bertulang. Banyak janji yang dibuat kebanyakannya, Tidak Bertanggungjawab.

Perkahwinan sepatutnya boleh menyatukan dua keluarga. Menguatkan Ummah! Bila dikatakan, You’re my everything, Ibu Ayah, adik beradik, saudara mara, mahu di-campak begitu saja?!

Saya cakap je….OK.

Sorry. I shouldn’t be your everything. You shouldn’t be my everything too.

Err…Mahu saya berjanji apa?

Bercinta sampai tunggang terbalik!

Bercinta sampai tunggang terbalik!

Saya Bukan Sesiapa

Ya Rahman Ya Rahim Ya Halim

As Salam Melayu

Doakanlah Saudara kamu yang Terdorong Hawa dan Terpedaya Nafsu itu. Mereka bukannya bahagia pun ketika ini. Mereka sedang menanggung akibat dari kezaliman dan kebodohan sendiri.

Tersiksa bagaimana hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Ya Allah Ya Wadud

Hadapilah kebencian dengan kasih sayang. Kemarahan dengan keampunan. Jangan lawan api dengan api. Lawanlah dengan Air.

Melangkah Ke Hadapan

BAHAGIA itu, INSAF bahawa semuanya dari Allah dan kepada Allah-lah akan dikembalikan.

Tunduk-lah dan Sujud-lah Hanya Kepada Allah. Hanya Allah Yang Boleh Menyelamatkan Kita.

As Salam Malaysia. As Salam Nusantara.

Ya Allah Ya Hadi

Ya Allah Ya Hadi

Odd Don’t You Think?

I’ve met a lot.

They admire somebody. Saying that the person is very unique. Very different. They were in awe.

Then they go all out to get that person just so they can change him. To be just like them.

Odd don’t you think?

Ganjil la awak ni?

Ganjil la awak ni?

As Salam

Wanita terutamanya. Terpikat dengan seorang Lelaki disebabkan Lelaki itu katanya lain dari yang lain.

Namun. Dia akan usaha mengubah Lelaki itu bagi memenuhi Citarasanya. Sangkanya Lebih Baik jika Lelaki-nya itu menjadi seperti itu.

Selepas beberapa tahun. Dia akan merungut. Menyesali. Marah juga barangkali.

“Awak dah berubah! Saya mahu awak yang dulu!”

Odd Don’t you think?

So what’s the Moral here? Saya Milik Mutlak Allah. Minta kepada Allah Yang Menciptakan untuk Mengubah saya.

Take me just the way I am.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, kebanyakan kita dalam usaha mencari pasangan hidup, kita menjadi orang lain.

Bila sudah bersama. Diri kita yang sebenar akan terserlah akhirnya. Rupanya kita bukanlah orang yang menepati Citarasa itu.

https://puterawaktu.wordpress.com/2013/04/24/tip-of-the-iceberg/

Keep searching. Ask yourself, ‘Begitukah yang aku mahu”. Ramai yang tak kawin sudahnya!

Jodoh itu ketentuan Allah. Bersyukurlah apa adanya. Itu sepatutnya.