Bercita Ke Neraka

Saya pernah mengikut seseorang. Abang kepada rakan sekolah saya. Hampir semua adik-beradik dia pernah menggunakan saya.

Dia guna nama saya buka perniagaan. Buka akaun semasa. Perniagaannya tidak jelas kepada saya. Saya ikut saja. Tak berfikir apa pun. Kehulu ke hilir saya ikut dia. Berjumpa entah siapa-siapa. Saya sudah tidak ingat lagi.

Hanya pengalaman yang ini masih jelas pada saya. Kami pergi sebuah kedai runcit. Besar juga kedai itu. Lebih mendekati Supermarket. Kepunyaan orang kita juga. Dia membeli banyak barang. Kononnya untuk berniaga  semasa bulan Ramadan yang bakal menjelang itu.

Lori yang digunakan dipinjam dari salah seorang adik-beradiknya juga. Konon untuk pindah. Saya yang memandunya. Sarat lori kecil tu. Terlebih muatan sebenarnya. Kami tak pergi jauh. Barang-barang itu dihantar ke sebuah kedai runcit Cina. Rupanya semua barang-barang yang dibeli pada harga runcit ( Bayar Guna Cek  yang Saya Tandatangan) dia jual pada harga borong! Dapat CASH!

Jahat kan?!

Ianya berlaku lama dahulu. Saya masih sangat muda.  Lepasan SPM (Yang saya tak lulus itu) Pengalaman itu Allah Kekalkan Dalam Ingatan Saya. Jadi Panduan. Perkara-perkara lain yang berlaku. Saya tidak ingat lagi. Barangkali kerana DOSA-dosa itu terbeban dibahu dia bukan dibahu saya.

In shaa Allah saya boleh kenal Keldai apabila saya melihatnya. Saya boleh kenal Orang Yang Meng-keldai-kan bila saya berdepan dengannya. In shaa Allah. Semoga Allah Melindungi saya.

Saya akhirnya keluar dari perniagaan itu. Dia ada rakan kongsi baru. Rakan baru itu tidak mahu saya ada. Mereka siap buka kedai di Selayang.

Selamat saya.

As Salam

Walaupun adik beradik, Perniagaan itu biar ada Hitam Putihnya. Mahu Berkongsi. Biar Jelas Hala Tujunya. ADA Surat Perjanjian. Mahu Berkongsi Biar Jelas Tanggungjawab masing-masing. Tetapkan Gaji.

Tidak akan ke mana, Jika kongsi berniaga seorang keluar Modal (Duit) seorang lagi keluar Tenaga. Takkan boleh adil. Duit ada resitnya. Tenaga bagaimana untuk mengiranya? Akan timbul Hujah, aku buat lagi banyak! Kau mana tahu apa yang aku tanggung dan terpaksa buat?!

Sama-sama keluar Modal. Sama-sama keluar Tenaga.  Tetapkan Jawatan dan Gaji masing-masing. Modal yang dilaburkan (Termasuk Gaji) HARUS mengambil kira Perbelanjaan untuk 2 Tahun.  Ditambah bila perlu.

Jika seorang dapat lebih nanti , itu kerana Jawatan yang disandangnya. Perbezaannya ternyata pada Gaji yang telah dipersetujui bersama. Seorang Managing Partner. Seorang lagi Operating Partner.

50:50 itu hanya Ternyata bila ada Keuntungan Terkumpul Untuk dibahagikan. 50:50 juga jika ada Hutang yang perlu dibayar. (Keluar duit sendiri lagi)

Duit yang masuk dan keluar biar jelas! Ada Akaunnya. Tidak boleh, aku pakai dulu nanti kita Kontra!!

Berhenti berkongsi jika sudah sampai ke tahap itu. Sebelum berkelahi adik-beradik!

Dosa sama adik-beradik, bila nak minta ampun, tahu dimana mahu dicari orangnya. Boleh lagi dicari dimana kuburnya. Boleh minta tolong Emak atau Ayah untuk Lembutkan hatinya.

Orang lain yang dikeldai-kan itu, dimana mahu dicari? Entahkan hidup entahkan sudah mati. Mahu minta ampun bagaimana? Diakhirat nanti?

Jika dia berada disyurga HARUS pengampunan akan didapati. JIKA dia dineraka bagaimana? TERPAKSA KE SANA JUMPA DIA! Selagi dia tidak mengampunkan, selagi itu tercegatlah kamu didepan dia yang sedang disiksa itu. Walaupun kamu sebenarnya sudah layak masuk syurga!

Kamu ingat Neraka itu akan disejukkan untuk Kamu?

keldai

Doa Orang Yang Dizalimi itu,diMakbulkan Allah! Walaupun mulut dia busuk…

JANGAN MENG-KELDAI-KAN ADIK BERADIK atau SESIAPA PUN

One thought on “Bercita Ke Neraka

  1. Pingback: BMW | Putera Waktu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s