Aku Akan Buktikan!!

Allah Yang Menguji. Allah Yang Menghakimi.

Allah Yang Menguji. Allah Yang Menghakimi.

As Salam

Sedari kecil lagi. Saya memang Degil. Degil dalam ertikata, saya akan buat juga. Lagi dikatakan Jangan lagi bertambah Degil saya nak buat. Kenapa? I just didn’t take anyone’s word for anything. Mesti nak tengok sendiri! Why? Baik atau buruk. Dosa atau Pahala. Saya tanggung sendiri.

Degil dan Berpendirian sebenarnya tidak banyak bezanya semasa disebut.

Jika Degil kita tunjukkan dengan Berkeras. Kadangkala berlaku Biadap dan Kasar. Asalnya hanya degil dengan pendapat akhirnya menonong untuk buktikan orang lain itu salah. Memang akan terkena. ” Aku dah cakap! Kau degil juga! Rasakan!”

Berpendirian pula seiring Keyakinan kadangkala dengan Ketegasan. Orang akan kata degil juga. Kita akan kata “Suka hati kau” Dilafazkan atau sekadar memandang.

Orang lain itu pula akan berusaha membuktikan kita salah. Memang akan terkena orang itu.

Yang Berpendirian itu tidak akan berkata apa-apa yang menyakitkan. Terus juga berkawan macam biasa. Yang Mengata itu akan malu sendiri.

Don’t rub it in! Tak baik buat begitu. TST sudah.

Boleh jadi saya Berdegil. Boleh jadi saya Berpendirian. Marked the difference. I’m Only Human.

Kita Kawan.

Beri Peringatan. Nasihat.

Beri Peringatan. Nasihat.

Keredhaan Allah Yang Dicari….

Advertisements

Kembali

Tuhanku
Tunjukkan padaku
Jalan yang harus ku tempuh
Mencari keampunan-Mu
Mendapat kemaafan serta redho-Mu
Jalan untuk kembali Ya Ghafur
Selamat kembali pada-Mu
Ilahi, Ilahi, Rabbi

Bukakanlah pintu hatiku
Untuk menerima taufik dan hidayah-Mu
Sungguh tiada upayaku tiada dayaku tanpa-Mu

Jadikan aku bersyukur atas segala nikmat-Mu Ya Syakur
Jadikan aku tabah segala ujian-Mu Ya Sobur

Aku ingin tunduk sujud hanya kepada-Mu
Berbakti setulus hatiku
Ikhlas kerana-Mu
Ilahi, Ilahi, Rabbi

Ya Allah Ya Zahir Ya Batin

Ya Allah Ya Zahir Ya Batin

Ya Allah cenderungkanlah aku kepada Taat Ibadah kepada-Mu. Janganlah Engkau sangat cenderungkan aku kepada Dosa dan Maksiat.

Ya Allah Siapa aku, Apa pun aku, Semuanya aku dan Segalanya aku terserah kepada-Mu

Bhai Roti Datang.

Anak merengek minta duit, minta izin nak beli babu. “Beli babu? Tak! nak beli roti…” Hehehe..

Teringat pula kisah Bhai Roti, setiap kali berada dirumah Nenek dulu. Di Kampung Klang Gate. Rumah Nenek paling hujung. Didepan rumah seberang jalan,estate getah (Wangsa Melawati Sekarang Ini) dibelakang rumah juga estate getah ( Pusat Bandar Taman Melawati Sekarang ini) Memang sunyi. Sekali sekala terdengar kenderaan lalu.

Kedatangannya ditunggu-tunggu. Memang, Bhai roti akan dikerumuni. Saya paling suka beli roti bun yang disapu dengan sekaya. Tak sabar rasanya, berebut-rebut nak dapat dahulu. Melompat-lompat. Bhai Roti dengan tenang memotong roti dengan pisau panjang. Sekaya pula disapunya tebal-tebal. Fuh!!! Sekaya waktu itu dalam tin susu yang diguna semula. Sedap sangat! Terasa sedap sangat yang dulu itu setiap kali saya makan sekaya zaman ini. Barangkali lidah saya.

Bhai Roti akan sampai ke rumah lebih kurang selepas Maghrib. Selepas rumah nenek dia akan bergerak ke Ulu Kelang. Jarak antara rumah Nenek ke Ulu Kelang barangkali 1 batu. Pokok Getah dikiri kanan jalan bertemu daunnya ditengah-tengah jalan. Membentuk suasana seakan Gua. Bertambah gelap suasana. Memang menakutkan.

Kami  boleh mendengar Hon Motosikal yang dibunyikan sepanjang jalan! Pinnnnnnnnnnnnnnnn!!!Takut barangkali. 

 roti yogurt 2

Saya boleh habiskan 6 ketul. Sapu sekaya tebal-tebal….mmmm

Itu dulu…zaman berubah. Dimana kita sekarang? Semakin baik? Semoga bertambah baik…

Aku Penunggu

Ini cerita tentang Emak dan Ayah saya.

Bulan puasa, menjelang raya. Jalan TAR memang sejak dulu lagi jadi tumpuan. Tarikan waktu itu, Batu Road Supermarket dihujung sini dan Globe Silk Store dihujung sana. Sekarang ini banyak yang sudah tiada lagi. Kali terakhir saya ke dunia sebelah situ, SOGO paling jadi tumpuan setiap kali mereka buat Sale.

Sekarang ni, pergi yang berdekatan rumah saja. KL sudah semakin asing bagi saya.

Berbalik kepada cerita Emak. Setelah mengetahui dimana kereta berada, maka Emak pun pergilah ke tempat berkenaan. Ayah biasanya akan menunggu dikereta. Menunggu dan menunggu dan menunggu.

Ayah akan pergi ke warung berdekatan. Mengeteh, mengeteh, mengopi dan mengeteh lagi. Kalau nasib baik jumpa kawan yang senasib. Takdalah bosan sangat.

Akhirnya Ayah akan masuk ke kereta, rebahkan tempat duduk, suratkhabar tutup muka. Saya tukang hantar barang, jadi saya tahulah cerita ini.

Boleh saya teruskan cerita? Tak payahlah ya? Nanti kecil hati pula..

Teruk sangat ke nak memilih?

Teruk sangat ke nak memilih?

Jadi bayangkan ini!

Seorang Wanita Solehah. Diberi masuk Syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Problem ni!! Mula-mula kena survey dulu. Pintu pun dah cantik gila! Harap-harap Allah sediakan signboard atau kaunter penerangan ke apa ke? Ada apa disebalik setiap pintu? Senang sikit nak buat keputusan nak masuk ikut pintu yang mana?

Survey pintu entah berapa lama agaknya? Besar matanya! Banyak hatinya! Bukan mudah untuk buat keputusan. Kan?

Suami pula menunggu dan menunggu dan menungu dan menunggu. Mana Isteri aku ni? Rasanya dah lepas ke sebelah sini?

Nah! Bidadari untukmu sementara menunggu Isterimu itu. Dia masih tak tahu pintu yang mana mahu dipilihnya!

Lagi nak tanya kenapa Wanita tidak dapat bidadari! Kenapa Lelaki saja yang dapat?

Agaknya begitulah!

The Truth is , that’s just the way you are. I’m not out to change that. Just be On My Side, by My Side.

Kita Kawan. Kita Cari Redha Allah. Kita Buat Kerja Kita.

syurga beli belah

Syurga Beli Belah

BMW

bas mini

B.M.W

Bas Mini Wilayah

Saya pernah jadi konduktor bas mini. Laluan No 15. Selama 2 tahun saya mengganti orang lain yang bercuti. Bersabung nyawa juga. Saya selalunya berdiri ditangga. Menghadang orang dari jatuh.

Pemandu bas mini memang hebat. Terlebih lagi setelah menyedari ada pemandu lain yang cuba potong Trip dia (Giliran keluar stesen bergerak ke KL) Selalu berlaku perkara ini. Sama saja semua orang. Hari ini orang potong dia, esok dia pula potong orang!

Melihatkan bas orang lain sentiasa ramai penumpang, maka Trip orang lain itu cuba diambil-alih. Berebut rezeki konon.

Atau demi mengelakkan kesesakan teruk. Menyedari giliran sendiri bergerak ke KL membawa dia masuk kepada keadaan itu, maka orang lain itu cuba dipotongnya.. Atau membiarkan orang dibelakang memotongnya.

Disamping mencelah kenderaan yang banyak tu, memotong Trip dibuat dengan keluar dari laluan rasmi. Supaya sampai dahulu ke Central Market atau Pertama Kompleks. Membiarkan orang potong trip adalah dengan berpatah balik ke Central Market., menjadikan bas yang dibelakangnya tadi berada pula didepannya.

Memang meriah. Memecut dan mencelah-celah diKL. Masuk lorong sana keluar lorong sini! Asalkan dapat potong bas dihadapannya. Pemandu yang lain itu juga bertindak mempertahankan kedudukan dia. Memotong balik. Berpusing balik! Gila! Saya pula berpaut macam nak rak ditangga!

Jalan Kucing memang jadi laluan memecut untuk usaha murni itu! Bagai nak runtuh bunyi bas yang dah longgar sana sini tu. Bas mini memang banyak kesan pateri sana sini. Sebelum inspection baru cat betul-betul.

Selama 2 tahun itu juga saya tiada lesen. Saya ambil juga lesen akhirnya. Pagi hari saya dapat lesen, syif petang hari itulah, kali terakhir saya sebagai konduktor.

Tinggal kenangan.

lori

Ada juga kisah saya bawa lori!

Tanggungjawab Saya

As Salam

Saya pernah memandu teksi. Lama juga. Maklumlah kelulusan tiada. SPM pun tak lulus. (Apa-apalah)

Anyway. Ada sekali tu saya dapat seorang penumpang. Saya ambil di-City Square. Dia mahu ke Bukit Damansara. Ada birthday party. Hari sabtu. Dia bertanya samada Jalan Tun Razak sesak atau tidak. Saya kata mungkin tidak. Berhujah dia dengan saya, mesti sesak katanya. (Apa-apalah)

Trafik lancar walaupun kenderaan memang banyak. Tengah hari Sabtu kan? Melewati IJN. Dia menggesa saya ambil lorong laju. Saya yang memandu, jadi semuanya harus ikut pertimbangan saya. Marah betul dia, ” Bodoh awak ni! Terhegeh-hegeh! Masuk je..masuk je!!! Orang mesti bagi awak masuk!” (Apa-apalah)

Seterusnya dia menggesa saya ikut dengan rapat kereta depan saya.”Jangan bagi orang masuk (potong) depan awak! Saya nak cepat!”

Saya biarkan saja sesiapa pun untuk masuk depan saya. Beri laluan. Memang itu yang diperlukan.

Kereta (pemandu) itu, mengelak kereta yang mengelak ambulan yang keluar dari simpang hospital lalu masuk didepan saya. Marah betul dia.” Bodoh awak ni! Makin ke belakang kita! Bila nak sampai kalau begini cara awak memandu!”

Saya melihat melalui cermin dan bertanya,” Kenapa Makcik ni?” Terbeliak mata dia. Barangkali panggilan Makcik tidak sesuai dengan Darjat dia. Dimaki hamunnya saya. Bodoh segala bagai. Dikatakan saya Indon. Dihina pula orang Indon selepas tu dan macam-macam lagi. Macam bertih digoreng cakapnya. (Apa-apalah)

Kalau Makcik nak naik teksi lain, saya boleh turunkan didepan sana. Dia bersetuju. Maki hamun jalan terus.

Saya tak jadi turunkan dia. Saya tetap dilorong laju. Melewati Hentian Pekeliling. Saya tidak patut turunkan dia. Kesian nanti pemandu teksi yang ambil dia. Saya tidak turunkan dia. Pemandu teksi disitu takkan ambil dia. Jalan Semantan pasti sesak. Hari Sabtu kan? Saya juga kesian pada dia. Barangkali dia akan terjerit-jerit dihentian itu nanti. Mahu sesak teruk Jalan Tun Razak nanti!

“Kenapa tak turunkan saya! Bodoh awak ni! Itu sebab awak bawa teksi!” Dan macam-macam lagi sepanjang perjalanan.(Apa-apalah) Saya teruskan perjalanan.

Sampai destinasi, saya minta bayaran. Dia hanya membaling duit itu ketempat duduk disebelah saya. (Kurang dari yang tertera pada meter. Saya diamkan saja. Saya halalkan. Malas bertekak didepan rumah besar tu. Geng dia pasti keluar dan bela dia tanpa usul periksa. Pemandu Teksi kan jahat semuanya. Apa pula kata Jiran nanti?

Terima kasih Makcik. Dihempasnya pintu kereta. Saya hanya memandang sehingga dia masuk ke pagar rumah besar itu. (Lagaknya seperti orang ada-ada. Umurnya barangkali sudah separuh abad. Pakaiannya seperti anak remaja) Apa-apalah….

Begitulah… selesai tanggungjawab saya.

(Jika Makcik terbaca tulisan ini, ketahuilah…Makcik dah tahu? OK lah. Have a nice day!)

Teksi Pertama

Tahun 1996. Ayah dapatkan teksi ini untuk saya.

Tiada dalam pertimbangan saya, memutuskan sesiapa pun. Tanggungjawab saya. Bukan sekadar beri makan, pakaian dan tempat tinggal. Lebih dari itu. Kebanyakannya tiada Resit untuk dijadikan bukti. Allah Ya Syakur

Sihir Cinta

Suatu masa sihir menjadi tawar juga akhirnya

Suatu masa sihir menjadi tawar juga akhirnya

Diambil dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sihircinta/Article/

Azizah, 45, (bukan nama sebenar), dikenali seorang yang peramah, cantik, bijak dan memiliki kewanitaan yang didamba lelaki. Bidang tugasnya yang sering berhubung dengan orang ramai menjadikan dia disenangi, malah ramai lelaki yang tertawan dan ingin menyunting sebagai isteri.

Cintanya dengan Mazlan paling hangat. Mereka bertunang dan hampir berkahwin, tetapi akhirnya terputus atas sebab yang tidak pasti. Sejak itu bukan tidak ada lelaki yang hadir dalam hidupnya, tapi semuanya seakan tidak serasi dan ditolaknya.

Ada kalanya, Azizah suka dan amat merindui teman lelakinya, tapi akhirnya bertukar benci. Dalam usia sebegitu, sebenarnya wanita patutnya semakin resah sedang tidak juga berkahwin sedang usia beranjak dari setahun ke setahun. Bukan sengaja menolak jodoh atau ingin digelar andartu, tapi dia sendiri pun tidak mengetahui mengapa dirinya dibelenggu perasaan begitu.

Malah, wanita tinggi kurus lampai ini selalu melawan gejolak jiwanya dan memberontak supaya hasrat untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki tidak wajar diteruskan.

Kata Azizah, fikirannya selalu runsing manakala badannya terasa lesu dan pernah beberapa kali meracau serta bertukar menjadi murung. Badannya juga sakit dan paling teruk, sering bermimpi bukan-bukan termasuk hamil dan mendukung bayi.

Katanya, selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam barulah dia mengetahui semua itu berpunca daripada sihir pelalau yang dititipkan kepadanya melalui makanan.

Kemudian baru menyedari ia angkara rakan karibnya yang juga menyimpan perasaan dendam padanya. Semua berpunca, kisah 12 tahun lalu apabila rakannya dalam diam cemburu pada Azizah yang sentiasa disenangi hampir semua rakan lelaki mereka.

Jiwa kacau

Apa yang terjadi kepada Azizah bukanlah perkara pelik, malah ia tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa saja. Pelalau adalah satu istilah dalam ilmu kebatinan Melayu yang membabitkan sihir.

Kesan daripada sihir itu akan menyebabkan terkunci nafsu atau tabiat orang yang terbabit mungkin akan berubah seperti menjadi pendiam, tidak aktif, murung, menyendiri dan ada yang bertindak di luar kebiasaan, akibat daripada tekanan jiwa ataupun akibat sihir pelalau, atau kerana kedua-duanya.

Selain daripada pelalau kunci nafsu kahwin, sihir jenis ini juga boleh menyebabkan berlakunya halangan menyebabkan usaha untuk menemukan jodoh seseorang itu tidak kesampaian. Inilah yang berlaku pada Azizah tanpa disedarinya.

Menurut ulama, perkataan sihir dari segi bahasa bererti terdapatnya sesuatu yang amat halus sedang bersembunyi dan kehadirannya tidak dapat dikesan dengan pancaindera.

Takrifan sebahagian ulama pula mendakwa sihir merujuk kepada azimat, pelbagai jampi mantera dan simpulan tali yang dapat memberikan kesan yang nyata kepada jiwa, akal dan badan seseorang.

Biarpun kemajuan teknologi semakin menghiasi muka bumi, kecanggihannya masih tidak dapat mengesan punca penyakit atau gerak laku individu terkena sihir.

Sebagai contoh, seseorang menderita kesakitan namun diagnosis doktor mendapati tiada masalah kerosakan atau kegagalan saraf pada diri pesakit. Begitu juga mungkin isteri tiba-tiba benci kepada suaminya tanpa sebarang perkelahian atau perselisihan pendapat antara mereka.

Begitu juga sihir boleh menyebabkan seseorang menderita sakit di bahagian tertentu badan atau seluruh badan atau menyebabkan anggota tertentu badannya menjadi lumpuh tanpa sebab yang jelas. Antara sihir yang kerap ditemui dalam masyarakat kita ialah sihir pelalau, santau dan pukau.

Liat jodoh

Sihir boleh menyebabkan seseorang tidak waras atau membuatkan fikirannya celaru, boleh menimbulkan rasa cinta berahi atau benci tanpa sebab yang jelas serta membuatkan badan sakit.

Pastinya, apabila bercerita mengenai sihir penyekat atau penghalang jodoh yang lebih dikenali pelalau dalam kalangan masyarakat bukan perkara luar biasa di telinga.

Menjelas lanjut mengenai sihir tatiluz zawaj, Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Pengamal Perubatan Islam Ruqyah Syariyyah Malaysia (Kiswah), Hayat Abdul Rahman, berkata kesan daripada masalah itu individu tidak menemui jodoh sehingga lanjut usia atau sampai ke hujung nyawa bergantung sama ada terkena gangguan atau tidak.

Soal jodoh sememangnya kuasa Allah. Kelewatan bertemu jodoh boleh juga disebabkan ga gangguan jin atau sihir yang dihantar baik menerusi bantuan makhluk halus atau sebaliknya secara santau.

Pembabitan sihir ini boleh dibahagi kepada sama ada membabitkan gangguan jin atau dihantar oleh orang yang membuat onar, jelasnya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Sihir penyekat jodoh

Hayat berkata, sihir penyekat jodoh boleh berlaku kerana munculnya hasad dengki dalam kalangan saudara, pasangan atau sesiapa saja apabila pujaan hati tidak dapat dimiliki atau juga menolak lamaran dikemukakan.

Sihir pelalau membuatkan seseorang berat hati untuk menerima cinta baru dan juga boleh menjadikan seseorang itu hilang perasaan terhadap jantina berlainan jika kisahnya teruk.

Allah menjadikan fitrah kita untuk menyukai jantina berlainan. Sihir ini juga mampu menutup hati wanita dan buka kepada sesama jenis berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Sihir penghalang jodoh ini juga membuatkan wanita untuk menolak lamaran sama ada kerana kehadiran jin Asyik yang menutup pintu hati untuk meneruskan perasaan cinta terhadap manusia atau pun jin yang dihantar oleh tukang sihir, katanya.

Rasa benci mula timbul

Kehadiran sihir mampu mengubah sikap dan keinginan seseorang hingga mereka tutup hati sepenuhnya terhadap persekitaran dan untuk menerima lelaki dalam hidupnya.

Hayat berkata, individu dikenakan sihir pelalau, lazimnya akan hilang rasa kasih mereka kepada pasangan malah melihat pasangan seakan sesuatu dibenci dan ada juga berubah nafsu hingga mereka memilih untuk berkongsi kasih dengan kaum sejenis.

“Berdasarkan pengalaman dikongsi pesakit, tanpa mereka sedar perasaan sayang yang dicurahkan kepada pasangan mereka merubah benci malahan melihat cinta hati seakan haiwan dan hodoh.

“Sihir itu juga menjadikan mereka cenderung melupakan perkara sunat iaitu berkahwin dan memilih untuk memberi fokus pada kerjaya dan kehidupan sendiri.

“Bahkan, ada mengalami gangguan ketika majlis akad nikah dan ada juga pula mengamuk pada detik itu hingga hubungan sedia ada putus.

Cara rawatan

Bahana yang dicetuskan sihir terlalu besar dan merugikan di akhirat nanti. Justeru, kita semua mesti menjauhi sihir yang membawa kepada syirik dan sentiasa bersandar dan meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah dalam merungkaikan apa saja masalah membelenggu diri.

Katanya, jika mula terasa wujudnya perasaan pelik dalam setiap perhubungan yang terputus biarpun puas cuba untuk menerima pasangan, individu disaran mengambil langkah mencari penyelesaian menggunakan perkhidmatan pakar perubatan Islam.

“Memang sukar untuk mengetahui sama ada kita terkena sihir atau sebaliknya. Tapi jika dengan berkat keizinan Allah dan usaha pesakit sendiri, Insya Allah sihir boleh disingkirkan dari tubuh.

“Antara tanda yang boleh diteliti adalah seperti mimpi melihat haiwan liar dan berbisa, melihat bayi dan api serta ketap gigi. Tanda itu juga boleh dirasai ketika sedar termasuk sakit tulang empat kerat, sakit pelikat, ketumbuhan, sawan dan gelisah mendengar ayat al Quran, sebaiknya cari penawarnya,” katanya.

Lain-lain

http://fitrihadi.com/2013/02/artikel-tanda-terkena-sihir-cinta-ilmu-pengasih/

Layari juga http://anizyn.blogspot.com/2012/10/tanda-tanda-terkena-gangguan-sihir.html

Hesitation

That One Song. Just Once

That One Song. Just Once. Ya Dhaaru Ya Nafi’u

I have many talent. None nurtured. It costs money. Formal education takes up other people’s time and energy. Money, time and energy, which I. have not.

On top of that, my mind and my focus were elsewhere. I was engrossed pursuing other ways and means to turn my life around. Music and arts then, were not something very promising for one’s future.

My loved ones were also against it. To her the money I’ll earn is Haram. That stops me on my track.

What with the ways of the artiste’s themselves, potraying a sinful life, many over exposing themselves. Not forgetting the night life and the drugs and booze that came with it. My attitude then is to stay away, hence protecting myself from sins.

Time passes by. All my effort towards everything else, got me nowhere.

Things have changed a bit since then. There are many quarters now insisting on a more Islamic way for performing arts. That comes with agreeing markets too. Birds of the same feather flock together. I’m not one of them.

Fortune does come with fame now. Producers are more inclined to share the profits with the artists now. Many have had it made.

Looks does matter still. I used to have it. Now after 30 years, here I am yearning to be there! With all odds  against me, I’m still dreaming performing for that One song. Live telecast Nationwide. Just Once. Ya Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u

So Kids, Go for your Dreams. Lots of opportunities and means available now. You don’t want to die wondering.

GOOD OR BAD, IS TRULY YOUR CHOICE TO BE.

Dunia artis dunia glamor. Dalam pada mengata dan mencemuh kita sebenarnya suka apa yang kita lihat. Tidak begitu? Dalam pada mengeji dan menghina kita sebenarnya mengkagumi mereka. Kan?

Yang baik dan yang buruk ada pada mereka. Ambil yang baik jadikan Tauladan. Yang buruk jadikan sempadan. Kebanyakan mereka berlakun untuk itu. Melakunkan lebih baik dari mendedahkan secara terang-terangan segala keburukan seseorang kepada masyarakat. Keburukan sendiri, sendiri tanggung.

Kita ni baik sangat ke?

Abang Bob apa dah jadi pada Abang? Disana tu bukan bidang bakti Abang.  Suci sangat ke dunia yang itu berbanding dunia yang Abang tinggalkan?

O.K lah, kita nasihatkan mereka supaya pakai sopan sikit untuk majlis. Saya takda masalah. Saya cuma perlu tanggalkan cermin mata saya. Jadi kabur semuanya.

Just Me, Myself and I

Jasamu Dikenang

Jasamu Dikenang

Saya tiada Sahabat Karib,Best Friend. Ramai kenalan. Sesekali terjumpa borak-borak. Hadiri majlis atau acara. Meriah. Gelak dan ketawa. Setakat itu saja.

Saya bersahabat dengan diri sendiri. Pujuk diri sendiri. Baik buruk tanggung sendiri. Tiada sesiapa yang boleh bertanggung jawab atas saya. Tiada sesiapa yang mahu pun. Saya pun tak sanggup. Kubur masing-masing.

Askme,Putera Klasik dan Putera Waktu. Tulisan saya mudah-mudahan ada manfaatnya. Itu saja yang saya mampu buat. Blackberry saya ni pun dah makin uzur. Saya sendiri pun semakin tua.

Impian dan cita-cita? Ada. Namun kehendak saya tertakluk kepada kehendak Allah. Jika ada kehendak-Nya maka saya akan dipertemukan dengan insan-insan yang ditakdirkan-Nya menjadi Penyampai-Nya. Tercapailah.

Itupun tertakluk kepada samada terbuka atau tidak hati insan tersebut. Tertakluk kepada samada mahu atau tidak insan berkenaan. Hadis dan Firman banyak memberitahu Kehendak Allah dan Rasul-Nya. Ikut dengan tidak sahaja kita semua.

Allah sentiasa menunjukkan siapa yang Dia mahu kita tolong. Mahu dengan tidak mahu saja lagi. Peluang buat pahala sentiasa terbuka. Mahu ambil kesempatan atau tidak tapi buat dosa lagi seronok dizaman ini!

Ringkasnya, kita ni banyak sangat berdolak dalih. Masa terus berlalu.

PRU13. Masa untuk mengundi hampir tiba. Hampir 3 tahun saya menulis. Setahun kebelakangan ini, gegak gempita Negara disebabkan politik. Kafir mengkafir, tuduh menuduh, kutuk mengutuk. Fitnah, umpat keji. Masing-masing mempamer tingkah laku.

Saya bukan ahli politik. Saya perlukan tidur yang cukup. Rehat yang cukup. Saya tabik ahli politik. Memang mereka manusia istimewa. Tanggungjawab pun bukan calang-calang. Wakil Tuhan dimuka bumi. Diakhirat nanti. Jawablah.

Nilailah sendiri. Saya tak kisah dah. Saya undi BN.

Kepada Allah Kita Berserah

Kepada Allah Kita Berserah

Memenuhi Harapan Setiap Rakyat Malaysia

Salam 1Malaysia,

Susulan daripada pembubaran Parlimen minggu lepas, saya telah mengumum dan membentangkan Manifesto Barisan Nasional kelmarin. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendakwa manifesto bukanlah satu janji yang perlu dipatuhi. Tetapi, untuk BN, kami menganggap manifesto yang dilancarkan pada malam 6 April lalu adalah satu Aku Janji kami kepada rakyat.

Kebolehan dan prestasi Barisan Nasional dalam menunaikan janji-janji sebelum ini jelas terbukti dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh Malaysia sehingga kini. Kali ini, kami usulkan 17 bidang utama sebagai janji dan komitmen kami seterusnya.

Ringkasan mengenai 17 bidang janji ini boleh dibaca di laman web saya manakala teks penuh manifesto tersebut boleh dibaca di
http://www.manifestopru13.com.

Apa yang pasti, asas kepada manifesto atau Aku Janji ini adalah kestabilan dan keharmonian negara yang berpanjangan. Manifesto ini telah dirangka dengan penuh teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha untuk mendapatkan maklum balas dari rakyat. Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini.

Sekiranya anda yakin dengan kepimpinan saya dan Barisan Nasional, maka dengan penuh rendah diri, saya menyeru kepada anda agar berikanlah sokongan dan undi anda kepada kami.

Sebagai sebuah pasukan, kami di Barisan Nasional berjanji akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat sekali gus membina sebuah Malaysia yang lebih maju dan makmur pada masa akan datang