About

Allah Al-Hakam Al-A’Dlu

Allah Yang Maha Menghakimi dan Yang Maha Adil

Jiwa para arifin selalu terbuka untuk menerima apa jua takdir yang datang walaupun datangnya dengan sekonyong konyong

Allah S.W.T menghukum segala sesuatu yang dikehendaki-Nya dengan ketentuan-Nya. Sesiapa yang telah ditentukan bahawa dia mendapat kebahagiaan, nescaya bahagialah untuk selama-lamanya dan sesiapa yang mendapat ketentuan buruk maka kebahagiaan akan menjauh daripadanya.

Golongan yang bebas tidak memikirkan azali mahupun kesudahan, bahkan mereka kuat bekerja dengan penuh perhatian terhadap beban yang dihadapinya kini dengan ketentuan hukum yang berlaku. Seorang arif seperti ini dikatakan Putera Waktu dan dikatakan juga bahawa ahli Sufi ialah seseorang yang tidak dipengaruhi oleh masa, baik yang telah lalu mahupun yang bakal tiba.

*Dipetik dari Tafsir Sufi Asmaul Husna*

Hidup diketika ini. Melakukan yang termampu dan yang terbaik diketika ini. Lillahitaala.

Living in the Now. Moment by moment. In shaa Allah

As Salam

Saya menulis sejak 2002 lagi. Nama lain yang saya guna waktu itu, AskMe. Saya berhenti pada tahun 2004.

Saya menulis semula pada tahun 2011. Tergerak sebagai Putera Klasik.Ilham pun datang saban hari tak menentu masanya.

Blog puteraklasik dah lama saya tidak post apa-apa. Cukup apa yang ada barangkali. Semoga berkekalan blog itu tanpa diganggu. Amin.

Kini wujud pula Putera Waktu. Tergerak pula ke arah lain untuk yang ini.

Dalam pencarian saya, banyak yang ditemui. Bukan semua menepati maksud diri sendiri namun saya kongsikan juga. Mudah-mudahan menepati maksud insan lain didalam pencariannya.

Ya Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u

Mahu apa dari-ku? Minta dahulu dari Tuhan-ku Ya Waliyu Ya Wakil

@puterawaktu

2 thoughts on “About

  1. As Salam

    Sepanjang saya menulis Topik tu. Bersama setiap tulisan mengenainya. Tambah tersemat difikiran saya. Cukuplah Satu.

    Teguran saya kerana merasakan hujah yang menyanggah seakan sudah Menghina Rasulullah. Ianya satu Peruntukan dalam Syariat. Itu yang saya ingin Tekankan.

    Kepada Lelaki ingin saya Tekankan. Banyak Syaratnya. Bukan mudah. Besar Tanggungjawabnya. Nawaitu untuk itu biar Betul. Demi apa?

    Saya ingin bertanya Rasulullah. Cinta dan Setia itu bagaimana? Namun setiap kali saya beritahu diri saya, Rasulullah Kasihkan semua. Membela Semua. Tidak timbul soal Setia atau tidaknya Rasulullah.

    Kita yang tidak benar-benar cinta dan tidak setia kepada-nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s