Bersederhanalah

Seronok dan bahagia bila memiliki sesuatu. Namun bersederhanalah dalam mencintai.

Seronok dan bahagia bila disayangi. Namun seperti juga perkara-perkara lain, Bersederhanalah.

Segala-galanya sementara. Hanya Pinjaman. Allah Pemilik Mutlak segala-galanya.

Jangan terlalu memuja nanti menuntut pula dipuja. Jangan terlalu memuji nanti menuntut pula dipuji.

Berjanji entah apa-apa! Bersumpah bukan main lagi!

Apabila,

A) o·ver·whelm  (vr-hwlm, -wlm)

tr.v. o·ver·whelmed, o·ver·whelm·ing, o·ver·whelms

1. To surge over and submerge; engulf: waves overwhelming the rocky shoreline.

2.

a. To defeat completely and decisively: Our team overwhelmed the visitors by 40 points.

b. To affect deeply in mind or emotion: Despair overwhelmed me.

3. To present with an excessive amount: They overwhelmed us with expensive gifts.

4. To turn over; upset: The small craft was overwhelmed by the enormous waves

Bertukar kepada,

B) ob·sess – /əbˈses/
Verb:
1. Preoccupy or fill the mind of (someone) continually, intrusively, and to a troubling extent
2. Be preoccupied in this way

Jika mendapat, Barangkali bahagia untuk seketika. Kemungkinan dimasa hadapan.

Menjadi,

A)pos·ses·sive  (p-zsv)

adj.

1. Of or relating to ownership or possession.

2. Having or manifesting a desire to control or dominate another, especially in order to limit that person’s relationships with others: a possessive parent.

3. Grammar Of, relating to, or being a noun or pronoun case that indicates possession.

n. Grammar

1. The possessive case.

2. A possessive form or construction

Bukan suatu Tanggungjawab yang mudah. Tidak boleh ke mana-mana. Jadi terkurung. Mahu dihadap 24jam sehari!

A) overdependent [ˌəʊvədɪˈpɛndənt]

adj

excessively dependent on a person or thing for aid, support, etc

Jika Hilang sesuatu itu maka, jadi,

B) de·struc·tive – /diˈstrəktiv/
Adjective:
1. Causing great and irreparable harm or damage
2. Tending to negate or disparage; negative and unhelpful

Mungkin juga,

B) su·i·cid·al  (s-sdl)

adj.
1. Causing, intending, or relating to suicide: a suicidal act; suicidal impulses.

2. Dangerous to oneself or to one’s interests; self-destructive or ruinous: a suicidal corporate takeover strategy.

Melihat tanda-tandanya, Saya pun jadi TAKUT. Tidaklah saya dapat ke mana-mana.

[57:22] Setiap bencana yang menimpa dibumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Lauh Mahfudzh) sebelum Kami Mewujudkan-nya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.

[57:23] Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang Diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.

Berdoalah, akhiri doa dengan,” Ya Allah jika ada baiknya untukku dan baik pula pada sisi-Mu, Engkau makbulkanlah permintaan ku ini”

Usaha apa yang patut. Sewajarnya. Bukan berbuat apa saja!

Let go. Life goes on..and on..and on….and on.

Tidak dapat yang diminta, Allah akan beri yang lain, yang lebih baik. Jika didunia tidak dapat, diakhirat nanti Pasti dapat. Begitu janji Allah.

Kita bukan Allah.

Amalkan Ya Allah Ya Wadud

Semoga mendapat jenis kasih-sayang yang diredhai Allah itu.

Kan senang hidup!

Saya dulu Hemsem Sangat

Saya dulu Hemsem Sangat

https://m.facebook.com/notes/putera-klasik/lauhul-mahfudz/387273437956832/?refid=21

Advertisements

Que Sera Sera

Ya Allah Ya Latif aku kembalikan kepada-Mu segala urusan yang menjadikan aku menyanggah didikan Rasul-Mu yang Lemah lembut dan Bersopan santun itu.

Hidupku dan Matiku

Hidupku dan Matiku

Sungguh, sebelum itu mereka memang sudah berusaha membuat kekacauan dan mengatur berbagai tipu daya bagimu (memutarbalikkan persoalan), hingga datanglah kebenaran (pertolongan Allah), dan menanglah urusan (agama) Allah, padahal mereka tidak menyukainya. [9:48]

Dan mereka mengatakan, “Bilakah (datangnya) ancaman itu, jika kamu orang-orang benar?” [10:48]

Dan (ingatlah) ketika setan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuata (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu”… Baca sendiri yang seterusnya…[8:48]

Tunggulah….saya pun menunggu juga.

Antara reda makhluk dan reda Allah. Antara balasan makhluk dan balasan Allah.

Saya bukan Penjaga kamu.

Kembara Ini

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang Diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri [57:23]

As Salam

Banyak dan ramai yang ditemui dalam kembara ini. Terpaksa dibiarkan. Menjadi memori indah untuk dikenang saat gundah.

Banyak ranjau sepanjang jalan. Biarlah ku terluka sendiri. Tersiksa biarlah hanya aku. Dizalimi biarlah aku sendiri menanggungnya.

Aku sayang kamu. Aman nanti barangkali ku jejaki kembali. Mungkin tidak! Aku sudah terlalu tua diwaktu itu.

It was nice meeting you. Izinkanku melihatmu dari kejauhan.

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair

Demi Agama, Bangsa dan Tanahair

Ya Hayyu Ya Qayyum

Hidupnya aku kerana dihidupkan

Bergeraknya aku kerana dipergerakkan
Melihatnya aku kerana diperlihatkan
Mendengarnya aku kerana diperdengarkan

Bolehnya aku itu dan ini kerana diperbolehkan.
Tahunya aku kerana diberitahu
Pandainya aku kerana dipandaikan

Sudah boleh melihat
Sudah boleh mendengar
Diberi Akal untuk menilai
Agar tahu Baik dan buruk
Yang mana satu lebihku suka
Yang mana satu aku tak redho
Bergerak nanti menempuh rasa
Benarkah itu yang aku suka?
Benarkah itu yang aku tak redho?
Ternyata saban kali tersilap rupanya.

Yang begitu pasti bahagia akhirnya
Menempuh derita sekali sekala, menempah tempatnya

Yang begini pasti derita akhirnya
Mengecap bahagia segala, menempah tempatnya.

Untuk apa?

Justeru agar sedar akan Hakikat diri aku matikan diriku.
Terasa benar aku hidup kerana ada yang menghidupkan.
Sampai masa aku akan dimatikan semula.
Sampai masa aku akan dihidupkan kembali.
Membawa catatan amal sendiri
Untuk di-Hakimi Ilahi
Tuhan Yang Hidup Dengan Sendiri

Pushing It Too Hard

Benar. Kita perlu bersungguh sungguh. Tidak boleh sambil lewa. Itu Sunnatullah.

Namun demikian kita juga tidak boleh melampaui batas. Ini Sunnatullah juga. Ramai yang sebegini. Disebabkan semangat yang berkobar-kobar, kita akhirnya membuat sesuatu yang sebenarnya melampaui batas.

Melanggar Hak. Ada akibatnya.

Kita jadi hairan. Kita merasakan kita ikhlas. Kenapa lain pula jadinya? Bukankah semua yang diusahakan itu Demi Agama? Bagaimana pula boleh bersalahan?

Kita lupa Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u dan dalam banyak keadaan kita lupa juga Allah Ya Zahir Ya Batin.

Do what you do best. The best you can do. Today. Lillahitaala. Leave the rest to Allah.

Jadilah Khalifah Allah. Jangan jadi sekutu Allah.

Ya Allah Ya Latif

Dari Abdullah Ibn Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati”.
(HR Tirmizi)

Kembali

Tuhanku
Tunjukkan padaku
Jalan yang harus ku tempuh
Mencari keampunan-Mu
Mendapat kemaafan serta redho-Mu
Jalan untuk kembali Ya Ghafur
Selamat kembali pada-Mu
Ilahi, Ilahi, Rabbi

Bukakanlah pintu hatiku
Untuk menerima taufik dan hidayah-Mu
Sungguh tiada upayaku tiada dayaku tanpa-Mu

Jadikan aku bersyukur atas segala nikmat-Mu Ya Syakur
Jadikan aku tabah segala ujian-Mu Ya Sobur

Aku ingin tunduk sujud hanya kepada-Mu
Berbakti setulus hatiku
Ikhlas kerana-Mu
Ilahi, Ilahi, Rabbi

Ya Allah Ya Zahir Ya Batin

Ya Allah Ya Zahir Ya Batin

Ya Allah cenderungkanlah aku kepada Taat Ibadah kepada-Mu. Janganlah Engkau sangat cenderungkan aku kepada Dosa dan Maksiat.

Ya Allah Siapa aku, Apa pun aku, Semuanya aku dan Segalanya aku terserah kepada-Mu

Mengalir Terus Mengalir

TQ Mohd Fauzi

Dan tiadalah duduk setempat bagi orang orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat.
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.

Berkelanalah,engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan.Berusahalah,kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan.

Aku melihat air yang tenang bertakung,mencemar kandungannya sendiri.Sekiranya ia mengalir ia akan baik,sekiranya ia tidak mengalir,tercemar.”

-Imam Syafi’e-

Bhai Roti Datang.

Anak merengek minta duit, minta izin nak beli babu. “Beli babu? Tak! nak beli roti…” Hehehe..

Teringat pula kisah Bhai Roti, setiap kali berada dirumah Nenek dulu. Di Kampung Klang Gate. Rumah Nenek paling hujung. Didepan rumah seberang jalan,estate getah (Wangsa Melawati Sekarang Ini) dibelakang rumah juga estate getah ( Pusat Bandar Taman Melawati Sekarang ini) Memang sunyi. Sekali sekala terdengar kenderaan lalu.

Kedatangannya ditunggu-tunggu. Memang, Bhai roti akan dikerumuni. Saya paling suka beli roti bun yang disapu dengan sekaya. Tak sabar rasanya, berebut-rebut nak dapat dahulu. Melompat-lompat. Bhai Roti dengan tenang memotong roti dengan pisau panjang. Sekaya pula disapunya tebal-tebal. Fuh!!! Sekaya waktu itu dalam tin susu yang diguna semula. Sedap sangat! Terasa sedap sangat yang dulu itu setiap kali saya makan sekaya zaman ini. Barangkali lidah saya.

Bhai Roti akan sampai ke rumah lebih kurang selepas Maghrib. Selepas rumah nenek dia akan bergerak ke Ulu Kelang. Jarak antara rumah Nenek ke Ulu Kelang barangkali 1 batu. Pokok Getah dikiri kanan jalan bertemu daunnya ditengah-tengah jalan. Membentuk suasana seakan Gua. Bertambah gelap suasana. Memang menakutkan.

Kami  boleh mendengar Hon Motosikal yang dibunyikan sepanjang jalan! Pinnnnnnnnnnnnnnnn!!!Takut barangkali. 

 roti yogurt 2

Saya boleh habiskan 6 ketul. Sapu sekaya tebal-tebal….mmmm

Itu dulu…zaman berubah. Dimana kita sekarang? Semakin baik? Semoga bertambah baik…

Bercita Ke Neraka

Saya pernah mengikut seseorang. Abang kepada rakan sekolah saya. Hampir semua adik-beradik dia pernah menggunakan saya.

Dia guna nama saya buka perniagaan. Buka akaun semasa. Perniagaannya tidak jelas kepada saya. Saya ikut saja. Tak berfikir apa pun. Kehulu ke hilir saya ikut dia. Berjumpa entah siapa-siapa. Saya sudah tidak ingat lagi.

Hanya pengalaman yang ini masih jelas pada saya. Kami pergi sebuah kedai runcit. Besar juga kedai itu. Lebih mendekati Supermarket. Kepunyaan orang kita juga. Dia membeli banyak barang. Kononnya untuk berniaga  semasa bulan Ramadan yang bakal menjelang itu.

Lori yang digunakan dipinjam dari salah seorang adik-beradiknya juga. Konon untuk pindah. Saya yang memandunya. Sarat lori kecil tu. Terlebih muatan sebenarnya. Kami tak pergi jauh. Barang-barang itu dihantar ke sebuah kedai runcit Cina. Rupanya semua barang-barang yang dibeli pada harga runcit ( Bayar Guna Cek  yang Saya Tandatangan) dia jual pada harga borong! Dapat CASH!

Jahat kan?!

Ianya berlaku lama dahulu. Saya masih sangat muda.  Lepasan SPM (Yang saya tak lulus itu) Pengalaman itu Allah Kekalkan Dalam Ingatan Saya. Jadi Panduan. Perkara-perkara lain yang berlaku. Saya tidak ingat lagi. Barangkali kerana DOSA-dosa itu terbeban dibahu dia bukan dibahu saya.

In shaa Allah saya boleh kenal Keldai apabila saya melihatnya. Saya boleh kenal Orang Yang Meng-keldai-kan bila saya berdepan dengannya. In shaa Allah. Semoga Allah Melindungi saya.

Saya akhirnya keluar dari perniagaan itu. Dia ada rakan kongsi baru. Rakan baru itu tidak mahu saya ada. Mereka siap buka kedai di Selayang.

Selamat saya.

As Salam

Walaupun adik beradik, Perniagaan itu biar ada Hitam Putihnya. Mahu Berkongsi. Biar Jelas Hala Tujunya. ADA Surat Perjanjian. Mahu Berkongsi Biar Jelas Tanggungjawab masing-masing. Tetapkan Gaji.

Tidak akan ke mana, Jika kongsi berniaga seorang keluar Modal (Duit) seorang lagi keluar Tenaga. Takkan boleh adil. Duit ada resitnya. Tenaga bagaimana untuk mengiranya? Akan timbul Hujah, aku buat lagi banyak! Kau mana tahu apa yang aku tanggung dan terpaksa buat?!

Sama-sama keluar Modal. Sama-sama keluar Tenaga.  Tetapkan Jawatan dan Gaji masing-masing. Modal yang dilaburkan (Termasuk Gaji) HARUS mengambil kira Perbelanjaan untuk 2 Tahun.  Ditambah bila perlu.

Jika seorang dapat lebih nanti , itu kerana Jawatan yang disandangnya. Perbezaannya ternyata pada Gaji yang telah dipersetujui bersama. Seorang Managing Partner. Seorang lagi Operating Partner.

50:50 itu hanya Ternyata bila ada Keuntungan Terkumpul Untuk dibahagikan. 50:50 juga jika ada Hutang yang perlu dibayar. (Keluar duit sendiri lagi)

Duit yang masuk dan keluar biar jelas! Ada Akaunnya. Tidak boleh, aku pakai dulu nanti kita Kontra!!

Berhenti berkongsi jika sudah sampai ke tahap itu. Sebelum berkelahi adik-beradik!

Dosa sama adik-beradik, bila nak minta ampun, tahu dimana mahu dicari orangnya. Boleh lagi dicari dimana kuburnya. Boleh minta tolong Emak atau Ayah untuk Lembutkan hatinya.

Orang lain yang dikeldai-kan itu, dimana mahu dicari? Entahkan hidup entahkan sudah mati. Mahu minta ampun bagaimana? Diakhirat nanti?

Jika dia berada disyurga HARUS pengampunan akan didapati. JIKA dia dineraka bagaimana? TERPAKSA KE SANA JUMPA DIA! Selagi dia tidak mengampunkan, selagi itu tercegatlah kamu didepan dia yang sedang disiksa itu. Walaupun kamu sebenarnya sudah layak masuk syurga!

Kamu ingat Neraka itu akan disejukkan untuk Kamu?

keldai

Doa Orang Yang Dizalimi itu,diMakbulkan Allah! Walaupun mulut dia busuk…

JANGAN MENG-KELDAI-KAN ADIK BERADIK atau SESIAPA PUN

Aku Penunggu

Ini cerita tentang Emak dan Ayah saya.

Bulan puasa, menjelang raya. Jalan TAR memang sejak dulu lagi jadi tumpuan. Tarikan waktu itu, Batu Road Supermarket dihujung sini dan Globe Silk Store dihujung sana. Sekarang ini banyak yang sudah tiada lagi. Kali terakhir saya ke dunia sebelah situ, SOGO paling jadi tumpuan setiap kali mereka buat Sale.

Sekarang ni, pergi yang berdekatan rumah saja. KL sudah semakin asing bagi saya.

Berbalik kepada cerita Emak. Setelah mengetahui dimana kereta berada, maka Emak pun pergilah ke tempat berkenaan. Ayah biasanya akan menunggu dikereta. Menunggu dan menunggu dan menunggu.

Ayah akan pergi ke warung berdekatan. Mengeteh, mengeteh, mengopi dan mengeteh lagi. Kalau nasib baik jumpa kawan yang senasib. Takdalah bosan sangat.

Akhirnya Ayah akan masuk ke kereta, rebahkan tempat duduk, suratkhabar tutup muka. Saya tukang hantar barang, jadi saya tahulah cerita ini.

Boleh saya teruskan cerita? Tak payahlah ya? Nanti kecil hati pula..

Teruk sangat ke nak memilih?

Teruk sangat ke nak memilih?

Jadi bayangkan ini!

Seorang Wanita Solehah. Diberi masuk Syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Problem ni!! Mula-mula kena survey dulu. Pintu pun dah cantik gila! Harap-harap Allah sediakan signboard atau kaunter penerangan ke apa ke? Ada apa disebalik setiap pintu? Senang sikit nak buat keputusan nak masuk ikut pintu yang mana?

Survey pintu entah berapa lama agaknya? Besar matanya! Banyak hatinya! Bukan mudah untuk buat keputusan. Kan?

Suami pula menunggu dan menunggu dan menungu dan menunggu. Mana Isteri aku ni? Rasanya dah lepas ke sebelah sini?

Nah! Bidadari untukmu sementara menunggu Isterimu itu. Dia masih tak tahu pintu yang mana mahu dipilihnya!

Lagi nak tanya kenapa Wanita tidak dapat bidadari! Kenapa Lelaki saja yang dapat?

Agaknya begitulah!

The Truth is , that’s just the way you are. I’m not out to change that. Just be On My Side, by My Side.

Kita Kawan. Kita Cari Redha Allah. Kita Buat Kerja Kita.

syurga beli belah

Syurga Beli Belah