Tempat Yang Tertinggi

7hb September 2013

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka, dan mereka tidak akan masuk syurga sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat.”  [Al-A’raf –  7:40]

Banyak yang saya temui dalam Surah ini. Banyak yang dilanggar orang kerana Politik! Politik Islam kononnya!

As Salam

Akhirnya saya terjumpa ayat ini! Arwah Bapak (Guru Saya) selalu menyebut bagaimana lebih mudah bagi seekor unta masuk ke lubang jarum  berbanding seorang Hartawan/Jutawan masuk syurga.

Keadaan anak-anak murid pada masa itu memang agak mewah. Tentunya berada dalam pengetahuan Bapak keadaan murid-muridnya. Wujud juga pada masa itu beberapa rombongan dari Daerah lain yang berulang ke surau kami. Masing-masing dengan reputasi mereka.

Saya dengan cara saya pula, berbakti pada Guru. Kononnya.

Bapak berulang kali berpesan, Hidup untuk diuji. Perbetulkan Niat.

Sesungguhnya masing-masing mendapat apa yang di Niatkan. Walaupun Ilmu yang dipelajari dari Bapak ternyata benarnya namun kerana Niat yang begitu begini, entah ke mana-mana juga kesudahannya.

BERTAUBATLAH! GO BACK TO BASICS.

Ilmu yang saya amalkan tujuannya adalah seperti yang didoakan ini.

“Ya Allah selamatkanlah aku kembali kepada-Mu dengan penuh keimanan dan dengan penuh kemuliaan. Tempatkan aku setempat dengan hamba-Mu yang soleh-soleh, yang mendapat keampunan dan kemaafan dan keredaan-Mu”

Bersama setiap penambahan Ilmu ada ujiannya. Ramai yang lalai dan leka dengan segala Kelebihan ( Kekayaan) yang diperolehi.

Ada yang jadi Yahudi! Dirinya terasa hebat benar. Lebih dari orang lain. Akulah…Akulah! Tinggi benar Keakuannya! Merasa diri setaraf Guru.

Ada yang jadi Nasrani Segalanya boleh. Tidak mengapa. Tidak berdosa.

Ada yang jadi Majusi! Bertokok tambah amalan yang sebenarnya tidak perlu. Berhempas pulas mempertahankan entah apa-apa? Mengaitkan entah apa-apa ke dalam amalan?  Akhirnya yang mudah dijadikan susah dan rumit. Mencipta perantaraan antaranya dengan Allah!

Tempat Yang Tertinggi boleh diperolehi hanyalah dengan Kerendahan Hati.

Begitulah..

Kita sama-sama binatang.

Kita sama-sama binatang.

E Class Demi Allah Kerana Allah

Langkah Mayat Aku Dulu!!!

Langkah Mayat Aku Dulu!!!

Bukan mudah

Menulis berkenaan ini pun saya rasa payah. Takut terjual ayat Allah kerana sedikit sebanyak saya ada kepentingan melalui tulisan ini. Semoga faham maksud saya.

Kita semua dan semuanya Kita adalah Milik Allah. Semuanya Pinjaman. Ada tempoh tertentu segala sesuatu itu berada dalam Pegangan kita. Semua kita tahu hakikat ini.

Sebenarnya kita hidup saling menyampaikan. Hak Allah. Kehendak Allah juga kepada siapa mahu dipinjamkan-Nya. Jadi masalah bila kita memilik mutlakkan sesuatu itu. Menempah masalah juga jika meletakkan syarat begitu begini pula. Bermain dengan Kuasa kerana memiliki dan mempunyai. Dengan siapa kita berkira-kira sebenarnya? Beraninya?!

Demi Allah Kerana Allah yang lebih sepatutnya. Mendapatkan dan melepaskan dengan Reda dan Rela. Mengharapkan Pahala jadi milik kita apabila segala sesuatu itu dikehendaki oleh Allah untuk dipinjamkan-Nya kepada orang lain pula (juga).

Nothing’s for keep. Carilah Ikhlas itu. Didik dan asuh diri untuk Ikhlas supaya bila sampai saat berpisah sesuatu itu dari kita, dapat dilepaskan Demi Allah Kerana Allah. Jika tak Ikhlas rugilah! Berpisah tetap berpisah! (Kongsi tetap kongsi!)

Paling menyakitkan jika yang dibawa pergi dari semua milik kita adalah diri kita sendiri yakni Mati! Ketahuilah betapa sakitnya Mati itu bila kita tidak dapat memisahkan diri dari Dunia ini!

Lagipun, biasanya, Allah mengganti. Kita jarang sedar Allah telah mengganti. Terlalu meroyan dengan yang dah pergi.

Keadilan? Percayalah. Allah Ya Hakam Ya Adlu. Jangan jadi sekutu Allah. Penat sendiri nanti. Gila sendiri juga mungkin.

Kita Kawan Ya? Demi Allah Kerana Allah.

 

Saya Rasis

Baik Taiko!!!

Baik King Taiko!!!

IMPIAN 1

  • MELIHAT RANGKAIAN KEDAI SERBANIKA YANG DI MILIKI OLEH ORANG-ORANG ISLAM KHUSUSNYA BUMIPUTERA MELAYU.
  • KEDAI SERBANIKA INI MEMENUHI KEPERLUAN MAKANAN DAN MINUMAN YANG DI JAMIN SUCI , HALAL DAN BERKAT UNTUK ORANG ISLAM.
  • BEKALAN DI PEROLEHI DARI KILANG-KILANG YANG DI MILIKI DAN DI USAHAKAN OLEH SYARIKAT-SYARIKAT ORANG ISLAM KHUSUSNYA BUMIPUTERA MELAYU.
  • KILANG-KILANG INI MENDAPAT BEKALAN BAHAN-BAHAN MENTAH YANG DI PEROLEHI DARI KILANG-KILANG, LADANG-LADANG, PETANI-PETANI DAN NELAYAN-NELAYAN YANG BERAGAMA ISLAM JUGA.
  • PENGEDARAN KE SELURUH NEGARA DI KENDALIKAN OLEH PEMBORONG/PENGEDAR TERDIRI DARI ORANG-ORANG ISLAM JUGA.

KEPADA SIAPA SEPATUTNYA KITA BERGANTUNG UNTUK KEPERLUAN MAKANAN DAN MINUMAN KITA?

SIAPA YANG TERLEBIH LAYAK UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA SEGALA BEKALAN MAKANAN DAN MINUMAN KITA BENAR-BENAR DAPAT DI JAMIN SUCI, HALAL DAN BERKAT?…..DAN SELAMAT DI GUNAKAN.

IMPIAN 2

  • SYARIKAT DAN PENIAGA YANG BERKENAAN TIDAK MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN. MALAH TIDAK MENGHARAPKAN PINJAMAN BANK ATAU SUBSIDI MODAL DARI KERAJAAN.

IMPIAN 3

  • RANGKAIAN KEDAI-KEDAI SERBANIKA INI DI SOKONG OLEH PARA PELANGGAN YANG SETIA DAN YAKIN WALAUPUN TERPAKSA MEMBAYAR LEBIH SEDIKIT

IMPIAN 4

  • BANGSA MELAYU KHUSUSNYA PARA PENIAGA DAPAT BEKERJASAMA UNTUK MENJAYAKAN PERNIAGAAN MASING-MASING TANPA TERLALU MENGIRA KEPENTINGAN SENDIRI DAN TANPA TERHALANG OLEH FAHAMAN POLITIK YANG BERBEZA.
  • KERJASAMA YANG WUJUD ADALAH BERDASARKAN RASA CEMBIRA (CEMBURU TAPI GEMBIRA) MELIHAT KEJAYAAN SAUDARA ISLAM YANG LAIN.
  • TIADA LAGI HASAD DENGKI DAN SABOTAJ. TIADA LAGI TAMAK DAN HALOBA.

IMPIAN 5

  • MALAYSIA PEMBEKAL UTAMA MAKANAN DAN MINUMAN SUCI, HALAL DAN BERKAT UNTUK NEGARA-NEGARA ISLAM DUNIA.
  • LOGO HALAL MALAYSIA MENJADI LOGO HALAL YANG DIIKTIRAF DIPERINGKAT ANTARABANGSA.

HAKIKATNYA KITA MASIH JAUH KETINGGALAN. UNTUK KITA MEMBANGUNKAN SENDIRI SEGALA SUMBER KEPERLUAN KITA AKAN MEMAKAN MASA.

NAMUN DEMIKIAN ALANGKAH BAIKNYA JIKA KITA SEPAKAT MEMBELI DARI PERUNCIT /PEKEDAI YANG MERUPAKAN ORANG-ORANG KITA.

SUMBER BEKALAN MASIH DARI ORANG LAIN. TAK MENGAPA.

KITA PERLU SECARA BERANSUR-ANSUR MEMASTIKAN SATU DEMI SATU PRODUK AKHIRNYA MENDAPAT BEKALAN DARI SUMBER YANG DI BANGUNKAN OLEH ORANG-ORANG KITA.

LANGKAH PERTAMA KITA ADALAH MEMASTIKAN SUMBER BEKALAN MAKANAN DAN MINUMAN KITA BERPUNCA DARI ORANG -ORANG KITA.

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA YANG DI HASILKAN OLEH ORANG-ORANG ISLAM KHUSUSNYA YANG DI MILIKI OLEH BUMIPUTERA MELAYU!!

KITA PERLULAH SALING SOKONG-MENYOKONG DAN TOLONG MENOLONG!!!

KESEMUA IMPIAN KITA INI DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

 

Terbitan asal di http://puteraklasik.wordpress.com/2011/09/02/impian-kita/

Saya Apa?

Allah Maha Besar

Allah Maha Besar

Tempat yang paling saya suka adalah laut. Tepi laut. Saya suka suasananya. Pemandangannya. Deruan anginnya. Melihat laut yang luas yang seakan bertemu dengan langit yang teramat luas pula. Amat mengkagumkan. Bagus juga jika ada rumah sendiri ditepi laut.

Just Me, Myself and I

Just Me, Myself and I

Pergunungan juga saya suka. Terlebih lagi bila kabus menyelubungi saya. Hilang semua persoalan. Tiada apa pun yang wujud. Hanya saya dan diri saya.

Apakah Tuhan melihat saya? Luasnya alam. Terasa diri amat kerdil. Terasa diri tersangatlah jahilnya.

Apa sebenarnya Tuhan Yang Maha Besar mahukan dari saya? Dia Yang Maha kaya, segalanya milik-Nya. Dia Yang Maha Kuasa!

Apa mahu-Nya?

Ramai! Saya juga pernah begitu. Beribadah sampai lebam dahi. Masa dulu itu, kononnya Allah Ya Rahman Ya Rahim bersama saya.

Anehnya saya sangat garang waktu itu. Mudah sangat menghukum. Tidak boleh tidak. Pemarah. Diktator!!!

Rahman dan Rahim-Nya bagaimana kaitnya dengan saya? Halim-Nya lagi! Bagaimana sangkutnya? Muhammad pula Rahmat-Nya untuk sekelian alam. Berani pula mengaku umatnya sedangkan tingkah laku entah apa-apa!

Apa mahu-Nya?

Jalani sendiri baru tahu. Bahagian masing-masing tak sama. Tidak perlu bertanding. Syurga dan Neraka pun bertingkat-tingkat. Jari jemari yang tak sama panjang pendeknya itu, jika bersama, apa pun boleh digenggamnya! Kan?

Sampai bila nak berlagak? Jangan jadi seperti Firaun, semasa menelan lumpur baru nak bertaubat.

Apa saja yang saya tulis ni? Kan?

It’s Up To You

I’m just a writer. I know not for sure where all the notions and ideas came from. I wrote and published because it felt right. The truth is, I too learned a lot from it. I contemplated. Most are beyond me, my knowledge and capabilities. The more I thought about it, the more I realized it’s not up to me to take it to the next level.

I’ve done my part. The rest is up to You!

Image

Bagaimana kamu bershahadah?

Yes! It’s up to you. Don’t say you know not about it. Never say it doesn’t hit you. It’s something within your capacity. You must do something about it!

You’re in that position. You have the means and the powers to initiate. A small step from you is a giant leap for The Ummah!

Good Luck! Kepada Allah Kita Berserah.

Image

Ya Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u

Listen to your heart. Listen…