Ad-Dhaar An-Naafi’u

As Salam. Ad-Dhaar An-Naafi’

Ad-Dhar bermaksud, Yang dapat mendatangkan bahaya dan memberi kemelaratan.

An-Naafi’ bermaksud Yang dapat memberi manfaat.

Dua nama ini merupakan isyarat kepada Tauhid, bermaksud tiadalah seorang hamba ditimpa mudarat atau manfaat, kejahatan atau kebaikan, melainkan dengan kehendak dan iradat, diiringi dengan qada (ketentuan) dan kudrat-Nya. Sesiapa yang telah berserah diri kepada hukum-Nya, nescaya akan hidup dalam ketenangan dan mereka yang enggan akan terjerumus ke dalam kebinasaan dan kehancuran.

Perlu diketahui bahawa ayat yang pertama kali ditulis oleh Allah SWT di-Lauhul Mahfudz ialah,

Akulah Allah, tiada tuhan selain-Ku, sesiapa yang tidak menyerah dirinya kepada ketentuan-Ku, dan tidak bersabar atas ujian-Ku dan tidak bersyukur atas segala nikmat-Ku, maka hendaklah mencari tuhan selain-Ku. Orang yang tidak rela dengan ketentuan Allah, maka tiada ubat bagi kebodohannya.

Tafsir Sufi Asma’ Ul-Husna Mukasurat 185-186