Ya Hayyu Ya Qayyum

Hidupnya aku kerana dihidupkan

Bergeraknya aku kerana dipergerakkan
Melihatnya aku kerana diperlihatkan
Mendengarnya aku kerana diperdengarkan

Bolehnya aku itu dan ini kerana diperbolehkan.
Tahunya aku kerana diberitahu
Pandainya aku kerana dipandaikan

Sudah boleh melihat
Sudah boleh mendengar
Diberi Akal untuk menilai
Agar tahu Baik dan buruk
Yang mana satu lebihku suka
Yang mana satu aku tak redho
Bergerak nanti menempuh rasa
Benarkah itu yang aku suka?
Benarkah itu yang aku tak redho?
Ternyata saban kali tersilap rupanya.

Yang begitu pasti bahagia akhirnya
Menempuh derita sekali sekala, menempah tempatnya

Yang begini pasti derita akhirnya
Mengecap bahagia segala, menempah tempatnya.

Untuk apa?

Justeru agar sedar akan Hakikat diri aku matikan diriku.
Terasa benar aku hidup kerana ada yang menghidupkan.
Sampai masa aku akan dimatikan semula.
Sampai masa aku akan dihidupkan kembali.
Membawa catatan amal sendiri
Untuk di-Hakimi Ilahi
Tuhan Yang Hidup Dengan Sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s