Tanggungjawab Saya

As Salam

Saya pernah memandu teksi. Lama juga. Maklumlah kelulusan tiada. SPM pun tak lulus. (Apa-apalah)

Anyway. Ada sekali tu saya dapat seorang penumpang. Saya ambil di-City Square. Dia mahu ke Bukit Damansara. Ada birthday party. Hari sabtu. Dia bertanya samada Jalan Tun Razak sesak atau tidak. Saya kata mungkin tidak. Berhujah dia dengan saya, mesti sesak katanya. (Apa-apalah)

Trafik lancar walaupun kenderaan memang banyak. Tengah hari Sabtu kan? Melewati IJN. Dia menggesa saya ambil lorong laju. Saya yang memandu, jadi semuanya harus ikut pertimbangan saya. Marah betul dia, ” Bodoh awak ni! Terhegeh-hegeh! Masuk je..masuk je!!! Orang mesti bagi awak masuk!” (Apa-apalah)

Seterusnya dia menggesa saya ikut dengan rapat kereta depan saya.”Jangan bagi orang masuk (potong) depan awak! Saya nak cepat!”

Saya biarkan saja sesiapa pun untuk masuk depan saya. Beri laluan. Memang itu yang diperlukan.

Kereta (pemandu) itu, mengelak kereta yang mengelak ambulan yang keluar dari simpang hospital lalu masuk didepan saya. Marah betul dia.” Bodoh awak ni! Makin ke belakang kita! Bila nak sampai kalau begini cara awak memandu!”

Saya melihat melalui cermin dan bertanya,” Kenapa Makcik ni?” Terbeliak mata dia. Barangkali panggilan Makcik tidak sesuai dengan Darjat dia. Dimaki hamunnya saya. Bodoh segala bagai. Dikatakan saya Indon. Dihina pula orang Indon selepas tu dan macam-macam lagi. Macam bertih digoreng cakapnya. (Apa-apalah)

Kalau Makcik nak naik teksi lain, saya boleh turunkan didepan sana. Dia bersetuju. Maki hamun jalan terus.

Saya tak jadi turunkan dia. Saya tetap dilorong laju. Melewati Hentian Pekeliling. Saya tidak patut turunkan dia. Kesian nanti pemandu teksi yang ambil dia. Saya tidak turunkan dia. Pemandu teksi disitu takkan ambil dia. Jalan Semantan pasti sesak. Hari Sabtu kan? Saya juga kesian pada dia. Barangkali dia akan terjerit-jerit dihentian itu nanti. Mahu sesak teruk Jalan Tun Razak nanti!

“Kenapa tak turunkan saya! Bodoh awak ni! Itu sebab awak bawa teksi!” Dan macam-macam lagi sepanjang perjalanan.(Apa-apalah) Saya teruskan perjalanan.

Sampai destinasi, saya minta bayaran. Dia hanya membaling duit itu ketempat duduk disebelah saya. (Kurang dari yang tertera pada meter. Saya diamkan saja. Saya halalkan. Malas bertekak didepan rumah besar tu. Geng dia pasti keluar dan bela dia tanpa usul periksa. Pemandu Teksi kan jahat semuanya. Apa pula kata Jiran nanti?

Terima kasih Makcik. Dihempasnya pintu kereta. Saya hanya memandang sehingga dia masuk ke pagar rumah besar itu. (Lagaknya seperti orang ada-ada. Umurnya barangkali sudah separuh abad. Pakaiannya seperti anak remaja) Apa-apalah….

Begitulah… selesai tanggungjawab saya.

(Jika Makcik terbaca tulisan ini, ketahuilah…Makcik dah tahu? OK lah. Have a nice day!)

Teksi Pertama

Tahun 1996. Ayah dapatkan teksi ini untuk saya.

Tiada dalam pertimbangan saya, memutuskan sesiapa pun. Tanggungjawab saya. Bukan sekadar beri makan, pakaian dan tempat tinggal. Lebih dari itu. Kebanyakannya tiada Resit untuk dijadikan bukti. Allah Ya Syakur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s