Sebarkan Salam

Apa masalah ni Encik?

Apa masalah ni Encik?

Saya berbudi hari ini tanpa mengharapkan orang yang menerima membalasnya. Tiada tuntutan khusus. Kehendak Allah supaya saya menyampaikan. Esoknya dia pula berbudi kepada orang lain. Begitulah seterusnya. Pahala dan Balasan biar Allah menentukan.

Sampai suatu ketika nanti pasti budi perbuatan saya dahulu dibalas oleh Allah. Tentunya disaat saya benar-benar memerlukannya, seseorang yang lain akan berbudi pula kepada saya. Pasti.

Pahala lain cerita. Biarlah dilonggokkan untuk membantu urusan Akhirat nanti. Allah Ya Syakur.

Ramai dikalangan kita menyiksa diri kerana menunggu malah menuntut balasan dari orang yang sama. Memerintah pula! Pernah dengar kerana Budi tergadai Body?

Ikhlas? E Class…biar jelas.

Saya tidak akan membalas budi seseorang itu atas permintaannya. Terlebih lagi semasa menolong dulu dia melafazkan Lillahitaala. Demi Allah katanya. Maka jadi suka hati saya samada mahu membalasnya atau tidak. Bila masanya untuk membalas dan bagaimana bentuk balasannya adalah keputusan saya juga.

Saya makin kerap berdepan dengan mata yang dibeliakkan kebelakangan ini. (Gila Kuasa betul! Semoga Allah melindungi saya.) Saya milik mutlak Allah. Hanya Allah boleh menghukum saya.

Allah Ya Hakam Ya Adlu

Pahala kita boleh berpindah kepada orang lain. Tidaklah kita tahu kepada siapa kita terhutang. Jangan sampai muflis diakhirat nanti. Dosa orang pula berpindah kepada kita!

Kaya didunia dan kaya raya diakhirat nanti. Bagaimana caranya?

Sebarkanlah Salam.

Bukan sekadar ucapan. Sebarkan juga perbuatan dan tingkah laku yang mensejahterakan. What goes around comes around. Kan?

Baca link ini. https://en.wikipedia.org/wiki/Psychological_manipulation

Perbetulkan Niat

Perbetulkan Niat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s