E Class Demi Allah Kerana Allah

Langkah Mayat Aku Dulu!!!

Langkah Mayat Aku Dulu!!!

Bukan mudah

Menulis berkenaan ini pun saya rasa payah. Takut terjual ayat Allah kerana sedikit sebanyak saya ada kepentingan melalui tulisan ini. Semoga faham maksud saya.

Kita semua dan semuanya Kita adalah Milik Allah. Semuanya Pinjaman. Ada tempoh tertentu segala sesuatu itu berada dalam Pegangan kita. Semua kita tahu hakikat ini.

Sebenarnya kita hidup saling menyampaikan. Hak Allah. Kehendak Allah juga kepada siapa mahu dipinjamkan-Nya. Jadi masalah bila kita memilik mutlakkan sesuatu itu. Menempah masalah juga jika meletakkan syarat begitu begini pula. Bermain dengan Kuasa kerana memiliki dan mempunyai. Dengan siapa kita berkira-kira sebenarnya? Beraninya?!

Demi Allah Kerana Allah yang lebih sepatutnya. Mendapatkan dan melepaskan dengan Reda dan Rela. Mengharapkan Pahala jadi milik kita apabila segala sesuatu itu dikehendaki oleh Allah untuk dipinjamkan-Nya kepada orang lain pula (juga).

Nothing’s for keep. Carilah Ikhlas itu. Didik dan asuh diri untuk Ikhlas supaya bila sampai saat berpisah sesuatu itu dari kita, dapat dilepaskan Demi Allah Kerana Allah. Jika tak Ikhlas rugilah! Berpisah tetap berpisah! (Kongsi tetap kongsi!)

Paling menyakitkan jika yang dibawa pergi dari semua milik kita adalah diri kita sendiri yakni Mati! Ketahuilah betapa sakitnya Mati itu bila kita tidak dapat memisahkan diri dari Dunia ini!

Lagipun, biasanya, Allah mengganti. Kita jarang sedar Allah telah mengganti. Terlalu meroyan dengan yang dah pergi.

Keadilan? Percayalah. Allah Ya Hakam Ya Adlu. Jangan jadi sekutu Allah. Penat sendiri nanti. Gila sendiri juga mungkin.

Kita Kawan Ya? Demi Allah Kerana Allah.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s