As Salam

Ku Cari Damai Abadi

Saya bukan ahli politik. Namun suka tak suka saya akan terpaksa mendengar juga cakap-cakap politik. Di sekeliling saya ramai orang yang banyak cerita politiknya. Tentang orang itu dan orang ini. Keburukan orang itu dan orang ini.

Tiada manusia yang tidak membuat kesilapan. Nabi SAW pun melakukan kesilapan cuma lagi Nabi SAW itu maksum, diampunkan dosa yang terdahulu dan terkemudian.

Apa untungnya kita melihat kepada begitu banyak kesilapan yang berlaku? Perbetulkanlah kalau anda lebih bijak. Untuk apa disesakkan fikiran dengan apa yang telah berlaku? Perbetulkanlah kalau anda lebih tahu. Cakap sahaja tak menyelesaikan masalah.

Pandai bercakap dan menang berdebat tak menjanjikan apa-apa. Setakat rasa gah anda hebat. Hiduplah anda terawang-awang kononnya anda hebat namun masalah tetap masalah.

Saya tidak mahu menilai orang berdasarkan cerita ceriti yang belum tentu hujung pangkalnya.

Kalau benar orang itu bersalah, tegurlah, doakanlah semoga dirinya dapat berubah. Bagi yang suka mencemuh, percayalah..anda juga akhirnya akan berbuat perkara-perkara yang anda cemuh itu.

Apa yang penting bagi saya adalah melihat kepada kebaikan yang telah berlaku di sekeliling saya.

Apapun niat orang berbuat baik, itukan antara dia dengan Allah. Yang penting kebaikan itu telah berlaku dan kita dapat juga merasa nikmatnya.

Jika anda rasa dia harapkan balasan, balaslah setakat yang wajar dan manasabah. Takkan pula anda sanggup berbuat dosa sebagai balasannya?

Apapun, jika orang berniat jahat dengan perbuatan baik itu, dia yang akan kerugian. Allah Maha Mengetahui.
Mohonlah lindungan Allah dari segala kejahatan orang yang begini.

Kebaikan tetap satu kebaikan dan kita telah mendapat manfaat darinya walaupun disampaikan dengan niat jahat. Apapun syukurilah kebaikan itu kerana yang jahat adalah orang yang berniat jahat itu!

Setiap kita mengharapkan balasan untuk setiap kebaikan yang kita lakukan. Ada yang mahu balasan segera dari pertolongan yang telah di beri.

Ada yang berharap mendapat nama dari perbuatannya. Ada juga yang hanya mengharapkan pahala dari semua itu. Anda mengharapkan apa? Terpulang kepada anda.

Ada juga tidak mengharapkan apa-apa tetapi akhirnya mendapat kekayaan, kemasyuran dan juga pahala dari Allah.

Apapun jangan berputus asa berbuat kebaikan dan jangan terlalu prejudis menerima kebaikan. Jika 999 orang yang telah anda tolong itu tidak menilai kebaikan anda sebagai kebaikan, tak mengapa ada 999 orang lain yang belum menerima kebaikan anda itu!

Yang jahat terus juga dengan niat jahatnya tetapi apa akan jadi kepada kehidupan ini bilamana yang mampu berbuat kebaikan berputus asa berbuat kebaikan?

Rasanya masih ramai lagi manusia. Di dunia ini yang sememangnya mengharapkan pahala dari sisi Allah kerana kebaikan yang dilakukannya.

Begitu juga masih ramai lagi yang menerima kebaikan, mendoakan kebaikan pula untuk orang yang berbuat baik kepadanya.

Buatlah kebaikan sementara nyawa masih dikandung badan, jangan bila dah menghayun dagu nanti baru berniat nak buat baik.

Do the best you can while you can. Carilah bekal itu.

Terbitan asal di http://puteraklasik.wordpress.com/2011/09/07/ku-cari-damai-abadi/

Maafkan dan ampunkan saya jika ada terkasar bahasa. Tiada niat saya menghina sesiapa. Kita sama sahaja. Diuji oleh Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s