Mentaatkan Keldai

Siapa Sekutu Kamu?

Siapa Sekutu Kamu?

Mari kita tengok siapa termakan Puji! Kembang kempis hidung dia.

“Sain sini Tuan Haji. Ini lagi!” kata Pegawai itu sambil menyelak-nyelak dokumen berkenaan.’Cantik tandatangan Tuan Haji! Ini lagi satu.’ Beria-ia Tuan Haji menurunkan tandatangan

‘Ini kunci kereta Tuan Haji. Syarikat tanggung’ kata Pegawai itu sambil menyerahkan anak kunci.

Semua yang hadir bangun dan bersalaman dengan Tuan Haji itu.
Beria-ria ucapan tahniah diberikan kepada Tuan Haji. Tersenyum lebar Tuan Haji. Bangga.

“Mari saya tunjuk pejabat Tuan Haji” kata Pegawai itu.

Tercengang Tuan Haji melihat pejabatnya. Dicubanya kerusi empuk warna hijau itu. Memandang sekeliling.

Berkerut dahi Tuan Haji melihat gambar-gambar didinding lantas berkata dengan tegas,” Saya tak suka gambar-gambar itu. Harap ditukar segera. Sebagai orang Islam tak sesuai. Patung-patung tu pun buang saja!” Garang bunyinya.

Pegawai itu tidak berkata apa-apa. Dia menekan butang interkom,” Awak masuk. Bawa dokumen yang lain tu”

Tuan Haji berdiri ditingkap. Memandang keluar. Cantik pemandangannya.

Pegawai itu berkata,”Tuan Haji ini saya perkenalkan Setiausaha Tuan Haji.”

Terbeliak mata Tuan Haji memandang Bidadari yang berada didepannya. Beberapa kali menelan air liur.

Bidadari itu memperkenalkan dirinya sambil mencapai tangan Tuan Haji. Bersalaman dan diciumnya tangan Tuan Haji yang ternyata telah terpukau.

Pegawai itu berkata, ” Awak uruskanlah perkara seterusnya” sambil meminta diri. Selepas bersalaman dia terus keluar dari bilik itu.

Bersambung daa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s