Dakwat Kekal: TERIMA KASIH CIKGU

Ditelan Mati Emak. Diluah Mati Bapa

Ditelan Mati Emak. Diluah Mati Bapa

Penggunaan Dakwat Kekal Mampu Sebabkan Ibadat Tidak SAH

KUALA LUMPUR – Penggunaan dakwat kekal oleh umat Islam di negara ini ketika proses mengundi pada pilihan raya dilihat mampu menyebabkan wuduk menjadi tidak sah, sekaligus menjejaskan ibadat solat mereka. Selain itu, turut membimbangkan ialah sesetengah dakwat kekal mengandungi alkohol yang bertujuan membolehkan ia kering dengan cepat apabila dicalit ke jari.

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, penggunaan dakwat kekal perlu diperincikan untuk memastikan sama ada ia mampu mengugat proses ibadat umat Islam atau tidak. Kata beliau, andainya dakwat yang digunakan itu tidak meresap dalam kulit dan menghalang air daripada menyentuh kulit, maka ia akan menyebabkan wuduk menjadi tidak sah.

Wuduk yang tidak sah pula akan menyebabkan solat yang dilaksanakan juga menjadi tidak sempurna dan tidak sah. Katanya, jika sebaliknya di mana air mampu meresap, maka penggunaan dakwat itu tidak memberikan sebarang masalah. “Ia bergantung kepada dakwat tersebut..sekiranya dakwat itu tidak meresap kena kulit, maka wuduk tidak sah dan tak boleh solat,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya sifat dakwat tersebut seperti memakai inai di jari, maka ia dibolehkan kerana air sememangnya kena pada kulit pemakainya. Justeru itu, adalah sangat penting untuk memastikan sifat dakwat kekal itu mampu menyekat air dari terkena kulit atau sebaliknya sebelum ditetapkan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya.

Ini memandangkan sekiranya dakwat tersebut boleh menyebabkan ibadah harian umat Islam terjejas, maka sewajarnya ia tidak digunakan untuk pilihan raya akan datang. Sementara itu, laman web Wikipedia menyatakan, dakwat pilihan raya boleh kekal untuk tempoh yang amat lama. “Paling minimum ia boleh dilihat untuk 72 jam, namun ia mengambil masa antara dua hingga tiga minggu untuk kutikel kulit benar-benar hilang tanda dakwat tersebut,” katanya.

Di negara India umpamanya, dakwat yang digunakan hanya akan hilang apabila kuku baru tumbuh yakni dalam tempoh hampir empat bulan. Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 yang digerakkan Datuk S Ambiga.*

Tuntutan penggunaan dakwat kekal ini telah disuarakan oleh Bersih bagi tujuan menghalang pengundian dua kali dan ia hanya digunakan di negara dunia ketiga semasa pilihan raya. Kerajan sebaliknya telah bersetuju untuk memperkenalkan sistem yang lebih moden iaitu biometrik atau teknik imbasan ibu jari bagi mengenal pasti dan mengesahkan identiti pengundi.**

SUMBER : MYNEWSHUB

Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia

Keputusan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

SUMBER : EFATWA

Saya ambil Artikel diatas dari http://www.gilerkentang.com/

As Salam Malaysia,

*Begitulah. Dakwat kekal yang dituntut supaya digunakan hanya akan hilang selepas 4 bulan. Sepanjang tempoh itu, Ibadah Umat Islam terbabit menjadi tidak sah.

** Cadangan ini tidak mahu diterima pula!

Ternyata cadangan Ambiga itu berniat jahat. Beliau langsung tiada sensitiviti terhadap Umat Islam.  Bayangkan kita berada dalam keadaan Hadas Kecil dan Besar selama 4 bulan!

PAS pula menyokong cadangan Ambiga itu!

Dakwat yang sediakan oleh SPR memerlukan Dakwat itu digoncang bagi mendapatkan Dakwat yang Kekal. Setiap 2 jam. Itu pesan yang dikeluarkan oleh SPR.

TERIMA KASIH CIKGU KERANA TIDAK MENGGONCANG DAKWAT ITU!!!!!

Ya Allah Ya Dhaaru Ya Nafi'u

Ya Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u

Allah Yang Menentukan. Kepada Allah Kita Berserah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s