Bahagian Masing-Masing

Saya pernah menonton suatu lakunan, sketsa di TV. Gambar waktu itu hitam putih.

Ceritanya mengenai beberapa anggota badan yang masing-masing mendakwa dirinya lebih penting, lebih berjasa, mesti hormat dan tunduk kepadanya

Telinga kata dia paling berjasa kerana dia mendengar makanan dihidangkan. Mata pula kata, tanpa dia mereka tidak akan tahu mana arah harus dituju. Kaki pula mengatakan tanpanya tiada sesiapa boleh sampai ke sana. Berkata tangan, tanpa aku tiada siapa untuk mengambil makanan itu!

Hujung cerita ini saya tak ingat lagi. Cuma ada satu anggota lagi yang hanya berdiam diri, akhirnya bersuara, ‘Jika tidak kerana aku membenarkan, tiada jasa kamu untuk jasad ini!’ Saya lupa nama anggota itu.

Begitulah kita sesama kita sekarang ini malah lebih teruk lagi. Kita sekarang bukan sahaja berkelahi siapa lebih berjasa, kiri dan kanan juga berkelahi siapa lebih mulia!

Hanya Allah yang boleh menghakimi. Ya Allah Ya Hakam Ya Adlu. Bukti jelas kita ini dicipta, kita hamba.

Keredaan siapa kita cari? Jika keredaan Allah yang dicari, tentu kita akan saling menghargai bukan cuba saling menguasai.

Allah telah menetapkan bagaimana untuk saling menghormati. Memang ada perbezaan taraf antara kita namun bersama setiap taraf itu ada tanggungjawabnya dan balasannya diakhirat nanti.

Itupun kita cari alasan untuk mengubahnya. Begitulah Hawa dan Nafsu. Mahukan orang lain tunduk kepada dirinya, dan menurut kehendaknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s