Fisabilillah

28hb April 2013

As Salam

Saya bawa anak-anak ke pesta buku tadi. Mabuk saya tengok lautan buku yang dijual. Terasa benar jahilnya diri. Apa sangatlah yang saya tahu.

Orang tu tegur saya untuk kali ke dua. Cuba jual CD. Movie tu dia buat sendiri katanya. Kisah perjalanan seseorang mencari Tuhan. Selepas mengkaji perlbagai agama, akhirnya memeluk Islam.

Orang itu dari Sweden tapi asal Iran. Dia minta saya beli. ‘For Islam’ katanya ‘You MUST support me!’ Saya tak beli sebab dia kata untuk Islam. Saya tak kenal dia, mana mungkin saya serahkan masa depan Islam kepadanya.

Dunia tanpa sempadan. Mudah sangat sekarang ini untuk sebarkan apa pun. Kerajaan cuma akan tahu jika ada yang melapur. Biasanya bila dah heboh. Besarnya peranan Rakyat untuk menguatkan Kerajaan. Itupun jika kita mahu berperanan. Menjaga sesama kita, tolong menolong sesama kita. Banyak Hadis tentang ini. Namun kita lebih suka menjaja Hadis malah Firman Allah dengan tujuan untuk menjatuhkan orang lain!

Lillahitaala bukan mudah atau boleh diambil mudah.

Selalu juga..

Tidak semena-mena, entah dari mana? Menjual itu ini. Minta derma lagi ramai. Skrip yang sering dilafazkan, Fisabilillah! Demi Islam. Untuk anak-anak yatim.Tidak saya beli, tidak saya beri. Ramai yang marah pada saya. Tak kurang yang bagi tazkirah! Saya cuma tunjukkan tapak tangan saya.

Ada sekali tu, mengaku Mujahiddin. Besar orangnya. Merayu-rayu. Saya tanya dia berapa banyak dia hantar pulang? Ternyata pada saya duit yang dia boleh dapat, barangkali hanya cukup untuk sara diri dia disini. Saya kata lebih baik dia berniaga, untung hantar pulang. Jika benar awak berjuang. Pada saya dia hanya pengecut yang lari meninggalkan medan perang. Terkebil-kebil dia memandang saya.

Suka saya mencadangkan.

Suatu tabung khas untuk Pelarian. Bantuan kepada mereka disalurkan melalui tabung ini. Senang kita rujuk, minta mereka mendaftar ke sana. Ambil cap jari mereka. Beri Kad Pengenalan Khas. Kita perlu tahu siapa mereka dan dari mana mereka sebenarnya.

Mereka tidak boleh dibenarkan berkeliaran tidak tentu arah. Kita perlu tahu dimana mereka berada dan apa mereka buat.

Pihak berkenaan boleh kenalpasti bakat dan kebolehan mereka. Bantu mereka berniaga atau dapatkan kerja. Mereka boleh hantar pulang sumbangan Fisabillillah mereka dari hasil titik peluh usaha mereka itu. Maafkan saya Dato Seri, lebih baik kita bagi pancing bukan bagi ikan. Tentu ada kalangan mereka yang berbakat tertentu yang boleh kita manfaatkan.

Allah hantar ramai hamba-hamba-Nya yang kesusahan ke bumi Melayu ini. Saya yakin bukan sekadar membawa masalah mereka. Barangkali membawa manfaat juga untuk kita.

Saya juga percaya Allah memakmurkan Malaysia ini, supaya rezeki untuk mereka itu dapat kita sampaikan. Saya bimbang jika kita cuai tanggungjawab ini, Allah hantar mereka ke tempat lain! Takut saya bila memikirkan jika ada kebenarannya kata-kata saya ini! Apa jadi dengan Malaysia jika itu berlaku?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s