Wahai Melayu!!!

Wahai Melayu!!!!

Wahai Melayu!!!!

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

As Salam Melayu!

Kita hidup dizaman segalanya terdedah. Kemajuan teknologi telah menjadikan apa yang digelar Dunia Tanpa Sempadan. Maklumat tersebar sekelip mata. Setiap kita juga mengambil kesempatan menyebarluaskan fahaman masing-masing tentang banyak perkara. Pasti akan ditanya didepan Allah nanti.

HAK ASASI MANUSIA

Perjuangan global ini mengundang gejala sosial. Banyak perkara mungkar ditakrif sebagai normal kerana ramai yang bersetuju dengannya. Mengatakan itu Haknya.

Bagaimana untuk melindungi Umat Islam dari kerosakan yang dibawa oleh Teknologi Tanpa Sempadan ini? Begitu juga kerosakan yang dibawa oleh Filem dan Muzik?

Bagaimana mahu kita menanganinya? Adakah dengan kafir mengkafir jawapan kepada persoalan ini?

Wahai yang mengaku lebih Islam, adakah dengan mengurung dan mengasingkan diri boleh selesaikan masalah bersama ini? Adakah dengan mengurung dan mengasingkan diri boleh mengembangkan dan mensyiarkan Islam dibumi Allah ini?

Bangsa Melayu jika mengurung dirinya, haknya nanti akan diramas dan tanahnya dirampas. Cucu cicitnya akan diperhambakan nanti.

WAWASAN 2020

Pilihan kita hanyalah dengan menaikkan Martabat Bangsa Melayu sehingga buah fikirannya didengar, dipertimbangkan dan digunapakai oleh Dunia.

Berkawan dengannya suatu kebanggaan. Kehadirannya dituntut. Ketiadaannya mengundang kerinduan.

Sopan santunnya dikagumi. Kepantangannya amat dihormati dan akhirnya dituruti!

Islamnya dihayati, dipeluk dan dianuti! Ya Allah Mu’iz Ya Mudzil

IMPIAN KITA – NUSANTARA 2057

Adalah mustahil untuk kita menghalang sesiapa dari datang. Alam Melayu tempat pertemuan timur dan barat sejak zaman berzaman. Kehendak Allah begitu

Memandangkan tiada cara untuk menghalang apa-apa, pendekatan paling baik adalah dengan mengenakan acuan kita untuk segala sesuatu itu. Acuan kita yang dimasukkan nasihat dan pesan.

Just Business!

Semua yang menerjah dunia kita, setiap satunya ada nilai dagangan justeru pertimbangan kewangannya. Disitu ada ruang untuk tawar menawar dan untuk mewujudkan kekangan yang perlu.

It’s money they want. We shall give it to them on our terms and conditions.

Hasilan tempatan boleh dikenakan peraturan tertentu. Taklukan undang-undang boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa. Mudah-mudahan mudarat dapat dikurangkan dan ditangani. Ya Allah Ya Dhaaru Ya Nafi’u

DEMI MASA…!

Anak Bangsa yang terdorong, dikebahkan demamnya. Kita jerlun sendinya dengan tinta airmata dan doa penuh kasih. Jangan dihangatkan lagi dengan Amarah tak menentu arah. Hanya mengundang padah lebih parah! Ya Allah Ya Rashid Ya Sobur

Dakwah mesti berterusan. Sopan santun budi bahasa teras penting penyampaian nasihat dan ilmu. Bagi menerbitkan suka orang mendengarnya hingga menusuk ke kalbunya. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

KITA BUKAN PENGGANAS

Islam melunakkan hati kita ke arah berkasih sayang, bukan berperang. Perang kita  adalah dengan Hawa Nafsu sendiri. Ya Allah Ya Halim

Peranan Pendakwah adalah bagi mendorong rasa takut kepada Allah dan Kasih kepada Rasulullah saw, bukan kepada dirinya (Pendakwah). Mengaku diri Pewaris Nabi namun tidak terperi girangnya ketika orang rukuk kepadanya!

Pendakwah tugasnya mendorong Umat meletakkan pergantungan hanya kepada Allah. Berharap hanya kepada Allah. Buka bergantung atau berharap kepada dirinya (Pendakwah). Pendakwah bukan sekutu Allah! Ya Allah Ya Qobidh Ya Basith

Paling penting, terus berdoa agar yang lemah ditambah oleh Allah keimanan mereka. Yang berdosa itu didoakan agar mendapat hidayah dan bantuan dari Allah untuk bertaubat. Ya Allah Ya Hadi.

Doakan juga musuh kita. Kalaupun tidak hilang, pinta agar berkurang rasa permusuhan itu. Agar gagal segala rancangan mereka. YA Allah Ya Qahhar Ya Muntakim

SEGALA SESUATU ADA TEMPATNYA

Lillahitaala! Setiap kita ada peranannya. Jaga bahagian masing-masing. Buat kerja masing-masing. Tetaplah ditempat masing-masing. Kenapa mahu bertanding? Kenapa mahu membanding? Ganjaranmu, harapkan Allah untuk menentukan! Ya Allah Ya Syakur

Kehidupan dunia hari ini, dalam dosa ada pahala.  Dalam pahala ada dosanya. Ya Allah Ya Afw’u Ya Raof

JANGAN JADI SEKUTU ALLAH!

Matahari masih terbitnya dari Timur! Simpan pedang dan parang itu.Perangi hawa nafsu sendiri dulu! Mantapkan zikirullahmu. Pasti gentar nanti musuh-musuhmu.

Wahai Melayu!!..Boleh?

ingat.gif

https://puterawaktu.wordpress.com/2013/02/18/malay-town/

2 thoughts on “Wahai Melayu!!!

  1. Pingback: Aduhai Bangsaku | Putera Waktu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s