LAPURKAN. Polis Geng Aku

YA Allah Ya Mukmin Ya Muhaymin

YA Allah Ya Mukmin Ya Muhaymin

22hb April 2013

Berlaku sesuatu malam tadi. Anak saya cuba di’pau’ oleh seseorang. Dicekaknya baju anak saya lalu diajukan penumbuk.

Anak saya menepis dan mencekak leher budak itu dan melepaskan penumbuknya ke muka budak itu. Ditendangnya juga budak itu. Ingat lagi Taekwondo yang dipelajarinya.

Demi melindungi adik-adiknya juga yang ada bersama waktu itu.

Budak itu baling batu sudahnya. Terkena tepi kepala anak saya. Mereka bergegas pulang.

Anak saya menangis dipangkuan saya kerana ketakutan. Takut kerana dia telah memukul orang.

SAYA BAWA MEREKA KE BALAI POLIS BUAT LAPURAN

Anak saya telah memukul anak orang! Kenapa?

Perkara sebegini mesti dilapurkan supaya Polis tahu apa yang berlaku dalam masyarakat. Itu yang penting. Kita tidak boleh diam sahaja. Kelak membarah dalam masyarakat. Bila terkena diri sendiri nanti bising kenapa Polis tak jaga aku.

Lapuran yang dibuat mungkin tidak mengubah apa-apa sekarang tetapi tindakan terbaik dapat dirangka berdasarkan statistik untuk masa depan. Sila beritahu. Buat lapuran. Memang leceh.

+-9:00pm > Balai Polis>IPD>Hospital >sampai rumah +-1:00am

Dendam orang kita tak tahu. Orang sebegitu tidak nampak kesalahan dia. Yang diingat dirinya kena belasah. Biarlah Polis tahu. Permulaannya begitu dan begini.

BUKAN SEMUA POLIS JAHAT

Suka atau tidak kita perlukan Polis. Ada pihak tertentu sejak sekian lama berusaha menjatuhkan imej Polis supaya hilang hormat dan takut kepada pihak berkuasa.Siapa Yang Jahat Sebenarnya? Kempen mereka mempengaruhi anak-anak juga.

Peranan masyarakat amat diperlukan supaya Pasukan Keselamatan kita berjaya menjalankan tugas mereka. Semoga Allah berkenan mengekalkan malah menambah lagi Keamanan dan Kesejahteraan Negara kita. Semoga dengan demikian Rakyat hidup Makmur dan Harmoni.

Anak ini, Ayahnya terbunuh semasa bertugas.

Ayahnya terbunuh semasa bertugas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s