Mana Lebih Baik?

Ada orang, dunianya dan kehidupannya bergelumang dosa. Namun dihatinya sentiasa ingin beralih dan berubah. Berserta setiap perlakuan dosanya, menyelinap penyesalan dihatinya.

Dimana mungkin dia akan melakukan kebaikan. Bersedekah juga dia. Berzakat. Solat juga.

Ada orang, dunianya dan kehidupannya sarat beramal ibadah. Namun dihatinya sentiasa ingin berada ditempat lain. Berserta setiap perlakuan amalnya, menyelinap riya’ dihatinya. Demi memujuk dirinya dipandang dunia ini dan segala isinya, maksiat. Orang lain jahat belaka. Ahli neraka.

Tiba-tiba segala yang dikeji dan dicemuh itu terhampar didepannya! Maka berfatwa dia,’ Anugerah Allah! Rezeki  jangan ditolak. Allah lebih mengetahui. Doaku makbul akhirnya. Tidak sia-sia aku beramal. Tidak sia-sia aku berjuang!’

Benar! Allah pasti membalas dengan yang setimpal. Allah Ya Hakam Ya A’dlu. Tahu apa itu Istidraj?

Sebagaimana tajuknya, begitulah kita selalunya, menyempitkan ruang dan peluang. Melapangkan jika menguntungkan diri sendiri.

Sesungguhnya syurga itu atas rahmat Allah. Berbuat baiklah sesama kita. Sesungguhnya Allah Ya Afw’u Ya Raof.

Ya Allah Ya Ghafur

Ya Allah Ya Ghafur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s