Just Me, Myself and I

Jasamu Dikenang

Jasamu Dikenang

Saya tiada Sahabat Karib,Best Friend. Ramai kenalan. Sesekali terjumpa borak-borak. Hadiri majlis atau acara. Meriah. Gelak dan ketawa. Setakat itu saja.

Saya bersahabat dengan diri sendiri. Pujuk diri sendiri. Baik buruk tanggung sendiri. Tiada sesiapa yang boleh bertanggung jawab atas saya. Tiada sesiapa yang mahu pun. Saya pun tak sanggup. Kubur masing-masing.

Askme,Putera Klasik dan Putera Waktu. Tulisan saya mudah-mudahan ada manfaatnya. Itu saja yang saya mampu buat. Blackberry saya ni pun dah makin uzur. Saya sendiri pun semakin tua.

Impian dan cita-cita? Ada. Namun kehendak saya tertakluk kepada kehendak Allah. Jika ada kehendak-Nya maka saya akan dipertemukan dengan insan-insan yang ditakdirkan-Nya menjadi Penyampai-Nya. Tercapailah.

Itupun tertakluk kepada samada terbuka atau tidak hati insan tersebut. Tertakluk kepada samada mahu atau tidak insan berkenaan. Hadis dan Firman banyak memberitahu Kehendak Allah dan Rasul-Nya. Ikut dengan tidak sahaja kita semua.

Allah sentiasa menunjukkan siapa yang Dia mahu kita tolong. Mahu dengan tidak mahu saja lagi. Peluang buat pahala sentiasa terbuka. Mahu ambil kesempatan atau tidak tapi buat dosa lagi seronok dizaman ini!

Ringkasnya, kita ni banyak sangat berdolak dalih. Masa terus berlalu.

PRU13. Masa untuk mengundi hampir tiba. Hampir 3 tahun saya menulis. Setahun kebelakangan ini, gegak gempita Negara disebabkan politik. Kafir mengkafir, tuduh menuduh, kutuk mengutuk. Fitnah, umpat keji. Masing-masing mempamer tingkah laku.

Saya bukan ahli politik. Saya perlukan tidur yang cukup. Rehat yang cukup. Saya tabik ahli politik. Memang mereka manusia istimewa. Tanggungjawab pun bukan calang-calang. Wakil Tuhan dimuka bumi. Diakhirat nanti. Jawablah.

Nilailah sendiri. Saya tak kisah dah. Saya undi BN.

Kepada Allah Kita Berserah

Kepada Allah Kita Berserah

Memenuhi Harapan Setiap Rakyat Malaysia

Salam 1Malaysia,

Susulan daripada pembubaran Parlimen minggu lepas, saya telah mengumum dan membentangkan Manifesto Barisan Nasional kelmarin. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendakwa manifesto bukanlah satu janji yang perlu dipatuhi. Tetapi, untuk BN, kami menganggap manifesto yang dilancarkan pada malam 6 April lalu adalah satu Aku Janji kami kepada rakyat.

Kebolehan dan prestasi Barisan Nasional dalam menunaikan janji-janji sebelum ini jelas terbukti dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh Malaysia sehingga kini. Kali ini, kami usulkan 17 bidang utama sebagai janji dan komitmen kami seterusnya.

Ringkasan mengenai 17 bidang janji ini boleh dibaca di laman web saya manakala teks penuh manifesto tersebut boleh dibaca di
http://www.manifestopru13.com.

Apa yang pasti, asas kepada manifesto atau Aku Janji ini adalah kestabilan dan keharmonian negara yang berpanjangan. Manifesto ini telah dirangka dengan penuh teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha untuk mendapatkan maklum balas dari rakyat. Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini.

Sekiranya anda yakin dengan kepimpinan saya dan Barisan Nasional, maka dengan penuh rendah diri, saya menyeru kepada anda agar berikanlah sokongan dan undi anda kepada kami.

Sebagai sebuah pasukan, kami di Barisan Nasional berjanji akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat sekali gus membina sebuah Malaysia yang lebih maju dan makmur pada masa akan datang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s