Saya Perlu Belajar Lagi

As Salam

Semakin banyak kemudahan pembiayaan yang disalurkan oleh Kerajaan. Alhamdulillah.

Namun hakikatnya saya masih perlu belajar lagi. Banyak ilmu yang perlu, tiada pada saya. Ada orang berpendapat sambil jalan sambil kutip ilmu. Betul juga jika sudah ada asasnya. Itu yang saya tiada, asasnya.

Asas, Foundation kata Enggerisnya, sangatlah penting. Hanya dengan asas yang kukuh barulah dapat dibina sesuatu yang kukuh juga.

Keduanya. Jalinan Perhubungan
Hanya dengan jalinan hubungan yang bagus segala yang ingin dicapai lebih berkemungkinan untuk diraih. Ini melibatkan saling memahami hasrat dan kehendak satu sama lain. Baru mungkin diwujudkan kerjasama yang mana masing-masing mendapat manfaat.

Hanya dengan saling memahami dan saling menghormati dapat mengekalkan perkongsian. Jalinan Usahawan Bumiputera amat longgar. Tiada kesetiaan. Masing-masing saling mengambil kesempatan. Lazimnya membawa kepada saling menghancurkan. Akhirnya kepentingan sendiri membunuh persaudaraan dan lebih parah lagi silaturrahim dalam Islam turut hancur.

Saya perlu belajar lagi.

Usahawan yang benar-benar berjaya adalah usahawan yang dapat menyediakan pekerjaan untuk anak bangsa.

Berkongsi peluang perniagaan sesama anak bangsa.

Saya perlu belajar lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s