Menuntut Di Australia

Lebih baik memetik anggur di Australia daripada menganggur di Malaysia

Lebih baik memetik anggur di Australia daripada menganggur di MalaysiaAs Salam

As Salam

Sebelum ini ada rancangan untuk bekerja di Australia sebagai pemetik buah (Fruit Picker).  Berdasarkan kiraan yang dibuat hanya dalam masa tiga(3) bulan sahaja sejumlah RM 20 ribu boleh dikumpulkan. Namun pekerjaan  itu dibuat secara haram kerana Australia tidak keluarkan Visa khusus untuk itu untuk orang seperti saya.

Seorang Pemimpin yang  saya kagumi menasihati kami supaya masuk ke Australia sebagai Pelajar demi menjaga nama baik semua pihak. Saya merasakan ada benarnya saranan itu.

  • Kenapa di Australia?

Negara Barat yang paling dekat secara geografi.

  • Mudah

Syarat kemasukan yang tidak mengambil kira kejayaan ataupun kegagalan masa lalu.

  • Persekitaran

Suasana yang kondusif bagi pembelajaran serta perubahan Minda dan Jiwa.

  • Pendedahan

Dapat bergaul dan mengenali dengan lebih dekat budaya dan sikap masyarakat yang bahasa Ibunda mereka ingin dipelajari.

  • Fokus

Tiada pengaruh negatif Kawan atau Keluarga untuk membantutkan tumpuan.

  • Terancang

Pihak University mengambil kira dan telah merangka supaya jadual pembelajaran dan pekerjaan tidak saling mengekang.

  • Meneroka Peluang.

Polisi Kerajaan Australia dan Malaysia melalui MAFTA juga telah membuka banyak kemungkinan dari pelbagai sudut terutamanya perniagaan.

Jika ada rezeki saya nanti untuk mengikuti Kursus General English (amin),saya juga berharap dapat Homestay dengan sebuah keluarga Muslim yang berbahasa Arab.(amin) Boleh belajar bahasa Arab!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s